Ahli pemakanan mengatakan, sayur-sayuran perlu dijadikan sebahagian besar daripada diet harian kita dan salad adalah cara terbaik untuk meningkatkan pengambilan sayur-sayuran. Sayur-sayuran yang berlainan jenis mengandungi gabungan nutrien yang berlainan, jadi makan banyak jenis sayuran salad akan memberi banyak manfaat kepada sel-sel badan dan kesihatan.
Makan salad adalah cara mudah untuk kurangkan kalori. Diet yang tinggi serat ini boleh membantu mengurangkan berat badan, menurunkan paras kolesterol, merawat sembelit dan mencegah daripada pelbagai penyakit seperti masalah jantung dan tekanan darah…
Saya juga suka memasukkan minyak zaitun atau minyak bijan ke dalam hidangan salad kerana ia akan membantu meningkatkan penyerapan nutrien ke dalam tubuh badan dan juga menambahkan rasa sedap pada salad… 🙂
Bahan-bahan:
1)Â 4 helai daun Perilla dimayang halus. Daun ini bila dihiris mengeluarkan bau yang agak kuat. Saya suka bau dan rasanya yang unik.
2) Segenggam daun Arugula
3)Â Segenggam daun Mizuna
4)Â 8 biji tomato ceri dibelah tiga
5)Â 1/2 labu bawang besar dipotong kiub
6)Â 1 tbsp minyak zaitun
7)Â 1/4 tsp serbuk jintan manis
8)Â 1 tsp madu dan jus dari 1 biji lemon
9)Â 1/2 tsp serbuk kasar cili kering, lada hitam dan garam secukup rasa.
Campur bahan 6~9 dan gaul hingga sebati dan kemudian masukkan semua bahan 1~5 dan gaul hingga rata.
Salad ini sesuai dimakan bila-bila masa dan sangat berkhasiat.
Jom kita amal makan salad! 🙂