Halia Organik

Semalam saya ke supermarket, jumpa halia organik yang diproses kering untuk tahan lama.

image

Bagi saya halia ni bau harum.

image

Saya cuba elak beli halia yang basah, direndam air sebab saya tidak pasti adakah ia semata2 air atau air yang di campur kimia bagi tujuan halia tahan disimpan lama.
Tentang khasiat halia saya pernah tulis dalam entri sebelum ini.

Sup Labu dan Ubi Keledek Jepun

Inilah kali pertama saya masak sup masuk Nutritional yeast. Hmm.. Rasa? I like it! Bagi saya sedap đŸ™‚ InsyaAllah sup ini sangat berkhasiat. Sesuai di hidang untuk sarapan dan makan malam bersama roti. Harap budak-budak suka dengan masakan ini.

image

Kukus labu dan ubi keledek. Kulit ubi tidak dibuang sebab saya guna ubi organik. Lupa pula nak timbang berat ubi dan labu untuk resipi ini. Nampaknya kalau nak masak sup ni kena kira berapa ubi dan labu…hehe

image

image
Saya kisar labu dan ubi dengan 2 cawan air

image

image
1/2 ekor ayam (bahagian dada) direbus dengan 4 cawan air, selama 30 minit. Bila ayam dah masak keluarkan dan carik2 isi ayam dan begitu juga dengan mushroom segar.

image
Saya masuk bahan yang dikisar ke dalam air rebusan ayam. Bila dah mendidih, masukkan ayam, mushroom, 1 sudu makan nutritional yeast, 1/3 sudu teh marmite, sedikit lada sulah dan garam secukup rasa. Biarkan di atas api yang kecil saja. Dah masak, jangan pula lupa tutup api đŸ™‚

Selamat mencuba.