Kuah Dhal

Assalamualaikum

Entri hari ini sesuai untuk menu sarapan dan penyediaannya pun mudah saja.
Saya hidangkan kuah dhal ini dengan roti bom.

Tak payahlah pergi makan di kedai mamak dah lepas ini 🙂

image

Bahan-bahan:

1) 1 cawan kacang dhal direndam selama 2 jam
2) 5 cawan air
3) 1/4 sudu teh serbuk kunyit
4) 1/2 labu bawang besar dihiris kiub kecil

Bahan tumis:

1) 1/2 labu bawang besar dihiris nipis
2) 2 inci kulit kayu manis, 2 biji buah pelaga, 1 kuntum bunga lawang & 3 bunga cengkih
3) 5 tangkai cili kering, dihiris dan buang biji
4) 2 tangkai daun kari diraut
5) 1 sudu teh serbuk jintan manis
6) 2 sudu besar penuh minyak sapi

Cara:

1) Didihkan 5 cawan air dan masukkan kacang dhal, serbuk kunyit dan bawang. Reneh sehingga kacang dhal sedikit hancur dan kuah hampir pekat.
2) Panaskan minyak sapi dan masukkan bahan tumis 1~4. Bila bawang sedikit kekuningan, masukkan serbuk jintan manis. Goreng sehingga terbit bau.
3) Kemudian tuang bahan goreng ke dalam kuah dhal dan kacau sehingga rata. Biarkan 15 minit
4) Sebelum dihidang, taburkan sedikit serbuk cili kering

Ops, jangan lupa garam secukup rasa 🙂

Selamat mencuba.

Advertisements

Nasi Goreng Kimchi

Untuk peminat kimchi.
Nasi goreng kimchi untuk sarapan pagi dihari minggu..

image

Bahan-bahan:

1) 2 1/2 cawan nasi sejuk
2) 1 cawan kimchi
3) Sedikit minyak dan mentega
4) Daging lembut/ batang pinang dihiris nipis dan kecil
5) 3 ulas bawang putih dicincang
6) Serbuk kasar lada hitam dan kicap

Cara:

1) Panaskan minyak dan mentega. Tumis bawang putih sehingga kekuningan
2) Masukkan daging dan goreng sehingga kering
3) Masukkan kimchi dan goreng sehingga kering
4) Masukkan nasi sejuk dan gaul sehingga rata
5) Masukkan sedikit lada hitam dan kicap.
6) Goreng nasi sehingga kering.

Selamat menjamu selera..

Leek ubi kentang bakar

Resipi ini sedap di makan bersama telur dadar atau telur mata kerbau dan sesuai di hidang untuk sarapan pagi.

image

image

image

image

Panaskan oven pada suhu 200°C
Bahan-bahan:

1) 2 biji ubi kentang(besar) ~ Di kukus selama 45 minit atau hingga masak.
2) Leek ~ terpulang ikut cita rasa.
3) 2 ulas bawang putih
4) 3 tbsp cheese dan 3 tbsp butter
5) Lada hitam, pasley dan garam secukup rasa
6) 2 tbsp susu

Cara:

Leek dihiris nipis, kentang di potong kiub dan bawang putih di cincang.
Masukkan butter, leek dan bawang putih dan masak hingga leek layu. Kemudian masukkan cheese dan susu ~ kacau rata. Masukkan ubi, lada hitam, pasley dan garam secukup rasa dan gaul. Bakar selama 25 minit.

Cuba la resipi ini. Bagus untuk anak-anak.. 🙂