Masak Lemak Udang Pegaga

Assalamualaikum.
Hari ini saya sediakan masak lemak udang pegaga, masakan kegemaran saya. 😀

Selamat mencuba!

image

Bahan-bahan:

1 mangkuk besar ulam pegaga. Buang akar dan batang yang keras
2 biji buah tomato dibelah dua dan hiris
1 cawan air
7 ekor udang, sederhana besar. Buang kepala dan urat hitam
1 batang serai diketuk
cili padi merah
3 biji buah keras
1/2 sudu teh serbuk kunyit
2/3 cawan santan kotak (terpulang citarasa. Saya guna jenama kara)
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk lada putih
Garam secukup rasa

Cara:

1) Tumbuk cili padi, serbuk kunyit dan buah keras sehingga lumat
2) Panaskan 1 cawan air dan masukkan ulam pegaga. Tetup periuk, rebus pegaga sehingga lembut di atas api yang kecil
3) Masukkan bahan tumbuk, serai, jintan manis, tomato dan serbuk lada putih. Masak sehingga mendidih
4) Masukkan santan, udang dan garam. Apabila santan mendidih dan udang telah masak, padamkan api

Advertisements

Udang Goreng Buah Keras

Salam semua.
Resipi untuk malam ini adalah Udang Goreng Buah Keras.

Selamat mencuba 😀

image

Bahan-bahan:

12 ekor udang. Saiz sederhana
Serbuk kunyit
6 biji buah keras dicincang halus
4 ulas bawang putih dicincang halus
Serbuk kasar lada hitam
Garam
Minyak

Cara:

1) Buang kepala udang dan urat hitam. Cuci bersih.
2) Gaul udang dengan garam kunyit
3) Panaskan minyak, tumis buah keras dan bawang putih sehingga bawang kelihatan sedikit garing
4) Masukkan udang, kacau sekejap dan tabur serbuk kasar lada hitam. Goreng sehingga udang masak

Udang Maggi

Entri untuk malam ini, Udang Maggi.
Selamat mencuba! 😀

image

Bahan-bahan:

20 ekor udang saiz sederhana, kepala udang dan urat hitam dibuang.
6 ulas bawang putih diketuk dan dicincang
8 tangkai cili kering dihiris dan biji dibuang
5 batang serai ( 3 batang jika serai besar) diketuk
1 1/2 kuib tomyam maggi, dihancurkan
2 sudu besar air
2 biji buah tomato dihiris kiub
1/2 sudu teh serbuk kasar lada hitam
5 helai daun limau purut dimayang halus
Garam secukup rasa

Cara:
1) Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kuning. Masukkan cili kering dan serai. Goreng sehingga terbit bau
2) Masukkan kiub maggi dan air. Kacau sehingga rata dan masak sehingga terbit minyak
3) Masukkan buah tomato. Masak sehingga tomato hampir hancur dan kering
4) Masukkan Udang, lada hitam dan daun limau purut.
5) Akhir sekali masukkan garam dan kacau sehingga udang masak