Bagaimanakah kita hendak menghilangkan getah nangka dan cempedak yang melekat pada bilah pisau?
Teringat saya masa muda2 dulu. Saya sanggup tak beli buah cempedak dan buah nangka kerana tidak sanggup membuang masa bertungkus lumus membuang getah2 yang melekat pada bilah pisau dan jari jemari saya.
kini semua itu tiada masaalah lagi, Sangatlah mudah nak buang getah yang melekat pada pisau.
Panaskan bilah pisau diatas api untuk beberapa saat. Kemudian ambil tisu atau kain buruk dan lapkan. Begitu mudah getah2 itu ditanggalkan. Jari jemari? Tak boleh le panas atas api! Saya biasanya guna sarung tangan pakai buang / disposable gloves. Kalau tak ada maka saya takkan belah buah nangka atau buah cempedak. Boleh sapu minyak masak kemudian lap dan sabun tapi kerja2 itu sungguh kurang menarik! setengah orang akan sapukan pisau dan jari jemari dengan minyak masak sebelum membelah buah2 ni…
Selamat mencuba dengan petua yang diberi.