Sakit atau Stress?

Mengapa sukar bernafas
Mengapa badan rasa letih
Mengapa sakit kepala
Mengapa sukar tidur
Mengapa mudah marah
Mengapa kitaran haid tidak teratur
Mengapa tekanan darah tinggi
Mengapa ketagihan makanan manis
Mengapa ketagihan kafein
Mengapa perut ulser
Mengapa pengurangan dalam tahap testoteron pada lelaki
Mengapa rambut gugur
Mengapa degupan jantung kencang

Sebab banyak memikir
Sebab sering rungsing
Sebab memandu dalam trafik
Sebab hilang pekerjaan
Sebab masalah hutang
Sebab masalah kewangan
Sebab masalah anak2
Sebab masalah dengan isteri
Sebab masalah dengan suami
Sebab tekanan di tempat kerja
Sebab memikul tugas yang besar

Bila minda dan badan sentiasa dalam tekanan yang berlebihan, seorang individu itu akan menghadapi masalah kesihatan yang serius. Tekanan yang kronik tidak harus di pandang ringan atau diterima sebagai sebahagian dari kehidupan kerana ia akan menggangu keseimbangan semulajadi pada tubuh.

Benarkan sering dalam stress akan mengundang penyakit?

Setujukah jika dikatakan sering berfikiran negatif boleh meragut kebahagian? Mampu kah mengecapi kebahagian jika tidak bijak mengawal emosi?

Rehatlah badan, carilah ketenangan dan ubahlah gaya hidup. Terdapat pelbagai teknik pengurusan stress yang boleh membantu, lebih baik dan penting daripada ubat2 yang diambil yang kadang2 akan memberi kesan sampingan yang lebih memudharatkan lagi kesihatan badan dan minda.

image
Akar valerian sangat baik bagi orang yang menghadapi stress kerana ia meredakan badan, memberi ketenangan dan melegakan perasaan bimbang. Herba ini mempunyai ciri2 tranquilizing ringan dan memberi kesan yang lembut terhadap badan.

image
Kava kava adalah herba yang sangat popular bagi merawat keresahan dan insomnia. Ia bertindak sebagai sedatif. Pilihan yang lebih kuat jika akar valerian tidak berkesan.

Ketenangan hati dan kedamaian hidup yang abadi moga milik kita semua hingga ke hujung hayat……

Khasiat pokok tutup bumi

Bagaimana saya boleh kenal pokok tutup bumi? Sebelum saya pindah ke Kuala Lumpur saya ada seorang kawan, setiap hari diawal pagi dia akan keluar rumah pergi jogging. Dia sering ternampak sekumpulan wanita cina mencari sesuatu di bawah pokok besar yang rendang dikawasan yang lembap. Satu hari dia pergi mendekati mereka ini dan diberitahu banyak pokok tutup bumi di situ dan dikatakan khasiat pokok ini sangat baik untuk orang perempuan…

image

Satu hari dia singgah ke rumah saya dengan satu beg plastik besar penuh dengan pokok tutup bumi. Kawan cina saya ini tidak suka makan herba. Jadi saya keringkan dan beri pada kawan yang berminat. Ada ketika saya poskan pokok tutup bumi yang telah dikeringkan kepada kawan yang tinggal jauh. Hmmm…nak buat camna, dia tak kenal pokok tu. Saya risau nanti dia tersilap makan pokok lain pula. Bagi pandangan saya dan kawan-kawan yang pernah minum air rebusan herba ini, pokok ni memang bagus untuk kaum wanita. Walaubagaimana pun air rebusan tutup bumi tidak boleh diminum berlebihan. Sekadar 1 cawan sehari dengan cuma perlu merebus 1 pokok sahaja (dengan akar) selama 5 minit dan minum 2 atau 3 kali seminggu. Ini diberitahu oleh sekumpulan wanita cina kepada teman baik saya.

Pokok tutup bumi senang didapati dimerata2 tempat cuma dikawasan yang redup dan lembap pokok ini hidup lebih besar dan segar.
Dikatakan khasiat herba ini baik untuk bahagian sulit wanita. InsyaAllah.

Matahari dan Kesihatan

Semasa di dapur jenguk2 ke luar tingkap tiba2 terfikir hmm… pokok di belakang rumah ni kalau tak dapat cahaya matahari, apa akan terjadi ya? mati? rasa2 macam tu le atau hidup segan mati tak mahu. Tapi bagaimana pula jika manusia yang tidak mendapat cahaya matahari atau mendapat sedikit sahaja cahaya matahari? Teringat satu ketika dulu saya pernah membaca kehebatan cahaya matahari, menyediakan tenaga dimana semua benda2 hidup perlukannya untuk hidup dimuka bumi ini. Kita sering terdengar banyak keburukan tentang matahari sehinggakan bila nak keluar rumah sekejap pun, pakai ‘sun block’ Kerana terlalu takut, risau dan percaya bahawa matahari akan memudharat kita.

Matahari adalah diantara sumber terbaik untuk mencegah pelbagai penyakit malah, beberapa pakar kini percaya bahawa sinar matahari memberi manfaat yang lebih kepada kesihatan dengan syarat mendapat dos yang betul.

Dikatakan ramai mendapat penyakit yang serius disebabkan kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Manfaat utama Cahaya matahari ialah keupayaan meningkat vitamin D pada tubuh badan. Kesan dari itu boleh memberi kulit jadi sihat, menggalakkan dan membantu mengurangkan ketoksikan dalam aliran darah, melegakan saraf, meningkatkan mood dan dikatakan boleh merawat kemurungan dan tekanan. Cahaya matahari boleh membunuh bakteria, kulat dan hama. Di hospital bila bayi yang menghidap penyakit demam kuning, bayi ini akan di jemur di bawah cahaya matahari bagi menyembuhkan dari penyakit ini. Dikatakan Kekurangan vitamin D boleh menyumbangkan kepada penyakit kanser, penyakit berjangkit, sakit kronik, mudah berasa letih, penyakit buah pinggang, memburukkan lagi keadaan osteoporosis dan juga akan menyebabkan penyakit tulang yang menyakitkan.

Saya baca kisah seorang wanita yang sering sakit, gemuk, kurang tenaga hinggakan bila naik tangga terasa lemah, tercungap2 dan mengalami gejala menopaus dapat memulihkan kesihatannya dengan berjemur dan mengambil supplement. Ada kisah pesakit berusaha berbagai cara untuk berubat, akhirnya berjemur di bawah sinar matahari menyelesaikan masalah mereka. Kadang2 bila kita dapat sesuatu dengan percuma kita tak rasa benda yang kita dapat tu penting dan bernilai!!