Khasiat Buah kurma

Teringat pada satu kisah yang saya baca mengenai seorang wanita mengidap kanser ( tak ingat pulak, kanser apa) pada tahap merbahaya kerana dia disahkan doktor tiada harapan untuk sembuh dan bukan itu saja, jangka hayatnya dikatakan hanya tinggal beberapa bulan saja.
Oleh kerana yang demikian, dia mengambil keputusan untuk mengerjakan umrah dan bertekad bila dia disana, dia hanya akan makan kurma dan minum air zam2 dan diiringi dengan doa kepada Allah. Percaya tak anda jika saya katakan,  dia disahkan bebas kanser oleh doktor sekembalinya dari umrah?? Tapi itulah hakikatnya. Pengakuan dari dirinya sendiri. ( dengan izin Allah, keajaiban boleh berlaku )

Dalam entri sebelum ini saya tulis tentang kurma mencegah sihir dan racun. Kali ini nak tuliskan pulak tentang khasiat buah kurma.

Kurma adalah salah satu daripada buah2an yang paling popular dengan senarai nutrien yang mengagumkan. Kandungan serat, vitamin dan mineral yang sangat berfaedah untuk kesihatan.

Kurma membantu merawat sembelit, cirit birit, gangguan usus, pertambahan berat badan, masalah jantung, kelemahan seksual dan kanser perut. Manfaat terbaik untuk pembangunan otot dan tulang, mencerna makanan dan memberi tenaga tambahan pada tubuh manusia. Dikatakan juga mengambil kurma setiap hari dapat mengekalkan kesihatan mata dan berkesan dalam mengawal masalah rabun malam kerana kurma kaya dengan flavonoil, antioksidan seperti beta karotena, lutein dan zeaxanthin (memberi perlindungan baik untuk mata).

Mengamal pengambilan kurma dapat menghalang penyerapan kolesterol LDL, mengawal degupan jantung dan tekanan darah dan memberi perlindungan terhadap penyakit strok dan jantung, insyaAllah.

Sakit Batu Karang

Sesiapa saja boleh mendapat batu karang, tapi bagi mereka2 yang mempunyai penyakit2 tertentu atau mengambil ubat ubatan tertentu lebih mudah terdedah kepada gejala ini dan dikatakan lebih sering berlaku dikalangan lelaki berbanding dengan wanita.

Teringat pada seorang sahabat saya yang pernah mendapat batu karang disatu ketika dulu. Katanya sakit teramat sangat ketika nak buang air kecil sehingga berdarah dan rasa bagaikan nak pitam dibuatnya. Tak ingat masa tu dia buat pembedahan ke atau guna laser untuk hancurkan batu2 karang. Katanya lagi begitu siksa sekali bila batu2 kecil ni nak keluar. Selepas dibuang batu karang pada kali pertama, tak sangka dia diserang lagi pada kali kedua. Saya di fahamkan, jika pernah mendapat sekali, kalau tak jaga diet, boleh dapat lagi dan lagi. Dikatakan batu karang biasanya lebih lazim berlaku dibuah pinggang daripada dipundi2 kencing.

Apakah yang menyebabkan terjadinya batu karang di buah pinggang? Buah pinggang bertindak sebagai penapis darah dan sisa2 buangan daripada darah kemudian disalurkan kedalam air kencing dan disamping itu juga buah pinggang membantu mengawal paras elektrolit yang penting untuk fungsi badan. Bila batu karang menyekat aliran air kencing, boleh berlaku jangkitan kuman dan dalam kes2 yang teruk air kencing
menjadi busuk atau berdarah dan boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang. Jika demam dikaitkan dengan gejala batu karang buah pinggang, maka ini adalah pada tahap kecemasan dan rawatan perubatan perlu di lakukan segera.
image
(Mungkin informasi dari buku ini dapat membantu)

Faktor pemakanan menyumbang kepada terjadinya batu karang dan dikatakan faktor keturunan juga boleh memainkan peranan.

Kadar urik asid yang kronik tinggi dalam darah adalah lebih kerap berlakunya batu karang dan disamping itu juga dikatakan kurang air dalam badan boleh meningkat risiko batu karang. Pengambilan protein haiwan yang tinggi juga garam dan gula berlebihan, diet mengandungi kadar oxalate yang banyak seperti sayur bayam juga menyumbang kepada pembentukan batu karang.

Pencegahan adalah cara yang terbaik bagi menjauhi dari mendapat batu karang buah pinggang dengan menjaga diet yang seimbang dan minum air sebanyak 8 – 10 gelas bagi memastikan air kencing selalu cair dan ini dapat membantu mencegah batu karang dari terbentuk.

Bila teringat sengsara yang di tanggung oleh sahabat saya ni rasa2 nak kontrol diet, tak nak makan benda2 yang boleh memberi musibah kepada badan. Bila sering sakit, hati pun tak boleh nak gembira…betul tak??

Khasiat Labu

Buah labu yang sering kita masak sebenarnya mengandungi kadar vitamin A, C serta betakaroten dan zat mineral yang tinggi. Buah ni sangat baik untuk mata, kesihatan ginjal, jantung dan meningkat daya tahan tubuh. Kandungan air dan serat yang cukup tinggi mampu melancarkan pencernaan dan mengatasi keradangan pada tubuh badan.

Dikatakan isi labu (dikukus) ini sangat baik untuk kulit, boleh di buat ‘facial mask’ dan digosok pada kulit badan supaya kulit menjadi segar dan bersih.

RESIPI LABU PUDING TELUR

Petang semalam masak labu puding telur untuk juadah buka puasa

image

Kisar 1/2 cawan susu pekat + 1/2 cawan susu cair + 3 biji telur +1/2 sudu teh garam +1 tbsp  tepung jagung + 2 helai daun pandan

image

Masukkan adunan yg dikisar( tapis) kedalam labu yang telah dibuang biji ( labu ni kecil je)

image

Kukus selama 30 minit. Masa kukus tutup labu dengan baki bahagian atas labu yang dipotong ( nak panggil apa ye? Hmm.. Topi labu hahaha…)

image

Bila labu dah suam, saya bakar selama 20 minit ( suhu oven 190° C)

Buah labu banyak khasiat sebab tu saya sering masak untuk keluarga. Ada orang tak boleh makan labu, sebab angin dan sejuk. Bagi saya kalau tak ada apa2 masalah bagus makan labu ni dan galakkan anak2 kerana baik untuk tumbesaran mereka. Biasanya budak2 suka labu sebagai manisan.