khasiat Pudina

Herba pudina mempunyai banyak nilai pemakanan dan ia digunakan secara meluas untuk merawat beberapa jenis penyakit.

Nilai perubatan pudina adalah disebabkan kandungan menthol, menthone dan ester menthyl. Sifat karminatif pudina boleh membantu senak, kembung perut dan sakit perut. Pudina mengandungi sejumlah besar mineral dan vitamin.

Pudina membantu meningkatkan penghadaman dan mengatasi masalah angin yang berlebihan di dalam perut, merawat jangkitan saluran kencing, kekejangan perut, selsema, cirit birit, dan menyegarkan nafas.

image
Selalunya bila nak minum teh pudina, saya beli yang telah dikeringkan dan organik.

Buku ini digunakan juga untuk rujukan tambahan
image

Minum teh herba pudina sebelum tidur boleh melegakan kekejangan otot, membantu tidur dengan selesa dan mewujudkan aliran hempedu yang lebih baik, penting untuk pencernaan lemak. Menthol dalam pudina sangat berkesan untuk menipiskan mukus dan memecah kahak dan boleh membantu melegakan kesakitan. Teh pudina sering disyorkan sebagai rawatan untuk demam.

image

Bagi mereka yang mengalami masalah gastrik yang berkaitan dengan asid perut yang berlebihan seperti refluks asid dan ulser tidak digalakkan minum teh pudina.

Rendam beberapa helai daun pudina yang matang ke dalam secawan air panas selama 3 hingga 5 minit dan minum ketika suam. Kalau nak maniskan teh ini masukkan sedikit madu.

khasiat susu kambing

Susu kambing sering dikatakan sebagai makanan yang paling lengkap kerana komposisi nutriennya hampir sama dengan susu ibu terutama jika diambil mentah (raw) dan organik. Ia kaya dengan zat vitamin, mineral, elektrolit, enzim, protein dan asid lemak. Kini ramai sudah gemar mengambil susu kambing kerana mendapati ia menawar pelbagai manfaat kesihatan.

Kandungan mineral dalam susu kambing seperti kalium penting untuk membantu mengekalkan tekanan darah yang normal, mineral selenium boleh meningkat sistem antibodi dan imuniti badan, kalsium untuk tulang dan juga ia bersifat alkali dan sesuai diminum untuk semua peringkat umur.

Susu kambing sangat baik untuk membina semula tisu otak, sel2 badan, sistem saraf, mencegah penyakit anemia, menaikkan aliran pH darah, mampu melawan mikrob, mencegah diabetes, menurun berat badan kerana kandungan lemak yang rendah dan dikatakan boleh merawat asma, ekzema, jangkitan telinga berulang, artritis, ulser perut dan gout.

Badan kita boleh mencernakan susu kambing dalam masa 20 minit di bandingkan 2-3 jam untuk mencerna susu lembu. Ia mudah dihadam dan jarang sekali menyebabkan intoleransi laktosa. Susu kambing tidak mempunyai protein kompleks yang merangsangkan reaksi alahan, tidak menghasilkan mukus dan tidak akan memburukkan lagi keadaan alergi penafasan seperti asma.

Pakar pemakanan telah mendapati bahawa susu kambing secara keseluruhan adalah lebih sehat dari susu lembu kerana nilai pemakanan yang lebih tinggi. Dikatakan susu kambing tidak mengandungi bahaya hormon yang boleh mencederakan jantung dan arteri kerana tidak seperti lembu,di katakan kambing tidak diberi hormon sebab pengeluaran susu kambing tidak akan meningkat jika diberi hormon somatotropin (bagi menggalakkan pengeluaran dengan cara luar biasa).

Cuba le try minum susu kambing dan buatlah perbandingan, mana lebih baik untuk kesihatan badan, susu kambing ke atau susu lembu??

‘An anti aging regime’ ??

Hari ini dah genap seminggu Syawal. Belum kesempatan lagi nak puasa sunat. Sejak berakhir ramadan, rasa macam terlalu banyak makan, melebihi kuota yang diperlukan. Sebelum ini jarang sekali jamah makanan yang manis2. Hairan juga kali ni macam ada ‘sweet tooth’ pulak!!

Salah satu punca utama penuaan ialah pengambilan makanan yang manis. hmm…esok rasa2 macam nak mula rejim ‘anti aging’, supaya ini memberi saya rasa ‘ageless’. kalau anak2 saya tahu rancangan saya ni, tentu mereka kata..mama overrr!! hahahaha…

Tertanya2 apa yang harus dilakukan untuk melambatkan proses penuaan, hahahaha….’that is to retain an ageless charm’!! Saya sering berfikiran, ‘those who take the trouble to take care of themselves well will always look better’. Adakah sesuatu yang boleh dilakukan hmm..untuk kelihatan lebih muda dari usia? Boleh ke? Apakah yang menyebabkan seorang itu nampak tua? is it only wrinkles? Ada orang kelihatan muda dari usia, ada yang kelihatan sesuai dengan usia dan ada yang dilihat tua dari usia!! Apakah langkah2 yang perlu diambil untuk sentiasa kelihatan muda dari usia ??

image

Kenapa tidak kita cuba cadangan ‘Anti aging regime’ ini??

1/ Memastikan ‘stress free’, minda yang tenang dan berfikiran positif
2/Sentiasa senyum dan riang. kalau susah nak senyum, pasti cepat nampak tua
3/ Berusaha memiliki berat badan yang ideal dan elak penurunan berat badan yang drastik, kerana ia boleh menyebabkan kulit kendur
4/ Sering sapu pelembab untuk mengelakkan kulit muka kering
5/ Jangan tarik kelopak mata ketika memakai celak kerana sering melakukan demikian akan menyebabkan kendur dan garis disekitar mata.
6/ Jangan minum guna straw, boleh menyebabkan kedut di bahagian mulut
7/ Utamakan penjagaan gigi, kerana kecantikan gigi boleh membuat seorang itu kelihatan muda. Saya sering lihat ramai wanita sanggup berbelanja beribu2 ringgit untuk baju, handbag dan kasut untuk kelihatan cantik dan menarik tetapi mengabaikan pada penjagaan gigi.
8/ Jangan sering berkerut
9/ Kurangkan makanan2 manis, punca banyak penyakit
10/ Minum air lebih kurang 8 gelas sehari
11/ Ambil minyak zaitun 1-2 tbsp setiap hari
12/ Rajin bersenam, supaya tahap oksigen dalam darah dapat di tingkatkan
13/ Ambil spirullina dan chorella selepas sarapan. Dalam entri terdahulu pernah tulis tentang khasiat kedua2 supplement ini.
14/ Memastikan makanan yang diambil meningkatkan sistem imun dan tidak memudharatkan tubuh
15/ Rehat yang mencukupi dan tidur sekurang2 6 jam.

Hmm….15 perkara yang perlu dilakukan ini merupakan gabungan idea, petua serta rujukan dan juga pengalaman. Nampak mudah tapi sukar di laksanakan kerana perlu commitment dan kesabaran untuk mengatasi pelbagai rintangan. Mampukah kita???