Pisang Tanduk

Seperti biasa ini adalah resipi kegemaran saya dan keluarga.  Dessert untuk berbuka puasa, tapi kali ni dengan pisang tanduk. Resipi sama seperti resipi labu butternut. Bakar selama 35minit.

image

Pisang tanduk dan madu. Hmm…di luar madu ni tidak lah nampak hitam macam ni 🙂

image

Tada!! Dah ready untuk dimakan.

Resipi yang sangat mudah 🙂

Terkenang semasa dulu..

image
(Pohon saint john wort baik untuk mereka yang mengalami kemurungan)

Hari ni tiba2 terkenang pada sebahagian lirik lagu,’Engkau laksana bulan’ nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

“Engkau laksana bulan,
Tinggi diatas kayangan,
Hati ku telah kau tawan,
Hidup ku tak keruan….”

Selepas merenung bait2 lagu diatas, Teringat saya pada satu kisah yang sedih, tapi Alhamdulillah good ending!!

Seorang teruna telah jatuh cinta pada seorang gadis yang jelita. Tapi cintanya tidak berbalas. Terlalu rindu menyebabkan dia mengalami kemurungan. Rumah gadis ni dekat dengan tempat kerjanya, jadi tiap2 pagi dia akan menjerit2 memanggil nama sigadis ini. Sigadis ni tetap dengan keputusannya, namun begitu ibu pada gadis ni tak sampai hati mendengar rayuan dan terasa sayu bila rintihan lelaki ni berterusan begitu lama akhirnya memujuk anaknya supaya menerima lelaki ini sebagai pasangan hidup. Kisah ini dicerita di depan wanita ini oleh adiknya pada saya ketika kami sama2 mengerjakan haji ( pada masa itu saya baru berusia 20 tahun, terpegun mendengar, hebatnya pengaruh cinta pada hati dan perasaan ) Pada ketika itu hati saya terdetik, wanita ni sangat cantik…..bila melihat dia dan suaminya duduk bersebelahan, tidak nampak seperti pinang dibelah dua!! Kata adik wanita ini kakaknya terlalu bahagia, dapat suami yang baik yang terlalu mencintai nya. Alhamdulillah hingga kini mereka bahagia……bahaya rupanya jika tidak dapat mengawal perasaan. Ikut hati mati, ikut rasa binasa….
Selalunya pilihan ibu banyak kebaikannya.
Orang tua2 pesan, kalau nak kahwin pilihlah lelaki yang lebih mencintai kita dari kita padanya kerana hati wanita senang dipupuk pada kasih dan cinta..

Bercakap tentang kemurungan, teringat kata seorang ustaz dalam ceramahnya, Baru2 ni dia menziarahi seorang pemuda yang telah di timpa musibah beberapa bulan yang lalu, akibat dari itu pemuda ini mengalami kemurungan yang serius dan terpaksa mengambil ubat penenang. Tapi kesan sampingan dari ubat itu sangat hebat, kata ustaz. Pemuda ini jadi pelupa….
Kata ustaz lagi, ubat kemurungan yang paling mujarab ialah bacalah Al Quran. InsyaAllah akan sembuh!!

Resipi Bahagia

image

Resipi ini memang menarik. Tapi mengunakan tenaga, masa dan perlu ada kesabaran untuk menyiapkan resepi ini supaya mendapat hasil yang sempurna. Sebelum  kita nak mulakan resipi BAHAGIA ini mula2 kita kena sediakan bahan2nya

2kg hati yang tenang
1 baldi air kasih sayang
50g minyak cap tanggung jawab
100g santan kotak cap bersangka baik
80g bawang bertimbang rasa
80g rempah kerjasama
50g gula kata2 manis
30g garam gurauan
25g pati asam jawa cap redha

Hanya chef solehah boleh pastikan masakan ini sempurna.
Mula2 chef solehah cuci hati yang tenang dengan sebaldi air kasih sayang. Dalam belanga yang good quality, jenama badan, chef solehah masukkan semua bahan2 diatas dengan teliti, gaul rata dan dimasak diatas api semarak cinta. Chef solehah kacau perlahan2 dengan penuh kesabaran. Bila dah masak chef solehah hidang didalam pinggan yang bersih dan cantik menarik. Resipi ini begitu harum dan menimbulkan selera bahagia untuk semua orang. InsyaAllah.

Selamat mencuba, semoga BERJAYA.