Khasiat minyak ikan

Kandungan Omega -3 asid lemak dalam minyak ikan bukan sahaja membantu mencegah penyakit jantung pada individu yang sihat tetapi juga mengurangkan serangan jantung dikalangan pesakit.

image

Menurut kajian pengambilan minyak ikan juga boleh mengurangkan risiko aterosklerosis, aritmia,mengelakkan strok jantung dan tekanan darah, merendah paras kolesterol ldl dan meningkat hdl di samping dapat mencegah pengumpulan ‘triglycerides’

Adalah dipercayai minyak ikan mempunyai keupayaan untuk meningkat peredaran darah, daya tahan diri, ulser, dapat melegakan asma,merawat kulit,berguna dalam merawat arthritis, reumatisme dan dalam kes osteoarthritis dapat membantu mengurangkan kesan enzim yang merosakkan rawan.

image
(Buku ini digunakan juga untuk rujukan)

Kualiti minyak bergantung kepada jenis ikan.Terdapat berbagai jenama dipasaran. Belilah yang berkualiti supaya dapat yang tidak dicemari sebatian toksik seperti merkuri, arsenik, plumbum dll yang boleh memberi kemudharatan kepada tubuh manusia.

Renungan bersama

Allah swt berfirman yang bermaksud:
” Dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar”  (Al Ankabut: ayat 45)

Dan ayat lain Allah swt berfirman yang bermaksud :
“kerana itu, ingatlah kamu kepada Ku nescaya Aku ingat (pula) kepada mu dan bersyukurlah kepada Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) Ku”   ( Al Baqarah: ayat 152)

Allah swt berfirman yang bermaksud:
“Mereka selalu bertasbih malam dan siang tiada henti-hentinya”   (Al Anbiya’: ayat 20)

Di bulan ramadan ini, yang penuh dengan keberkatan, semoga ibadah dan doa kita semua diterima dan dimakbulkan Allah.

Ubi kayu

Petang Ahad yang lalu saya rebus ubi kayu. Bila ubi kayu dah masak,saya biarkan sejuk, saya panas kan butter, masukkan madu + lada hitam + sedikit garam. (lebih banyak butter dan madu lebih sedap) Kacau sebati. Kemudian masukkan ubi kayu dan kacau dengan rata. Bakar dalam oven. Resepi ini sama dengan labu butternut yang saya buat dahulu cuma tukar labu kepada ubi je. Resipi penuh boleh dirujuk kepada resepi butternut.

image

Selepas solat
best kalau makan ubi kayu + minum nescafe

SELERA RAMADAN