Jus buah

Baru2 ni singgah di R & R  Pagoh semasa perjalanan pulang dari JB. Beli buah durian belanda 4 biji yang belum matang. Walau pun buah durian belanda ni banyak khasiat, saya tak berapa suka buah ni sebab rasanya lebih ke masam dari manis. Suami saya suka sangat jadi saya belikan buah ni untuk dia….

Tadi jengok2 dalam raga buah, 3 biji buah ni dah masak. Buah ni cepat rosak kalau tidak di makan segera. Buat keputusan kisar je buah ni dan masukkan dalam peti sejuk. Dulu pernah baca, jus buah tak boleh disimpan lama nanti khasiatnya hilang. Enzim buah akan musnah selepas 4 jam buah dikisar. Hmm… nampaknya saya sorang la kena habiskan minuman ni. Lagi 2 biji buah ni, kisar masa anak dan suami balik banti.

image
Oleh kerana saya tak berapa suka buah durian belanda, jadi saya cadang nak kisar 1/2 bahagian durian belanda + 1 biji belimbing besi, buah ni pun not my favourite + 1 biji epal. Oops kena masukkan 1 mug air. Minuman ni pekat.

image
Sebelum kisar, saya masukkan 2tbsp madu. Kalau nak jaga khasiat buah, jangan masukkan gula atau susu pekat.

image
Muah! hahaha… tak sangka minuman ni jadi sedap. Lepas ni boleh le saya buat selalu. Nak kena beri nama pada minuman ni… Hmmm saya nak beri nama yang simple je la, JUS BUAH TIGA RASA hihihi..

Kalau kita sering amal minum jus buahan dan jus sayuran, insyaAllah ia akan meningkatkan kesihatan badan dan menjauhi diri dari sebarang penyakit yang tidak diingini. 🙂

Buah epal cantikkan kulit?

Teringat masa zaman sekolah menengah dulu….Waktu rehat saya akan nampak seorang pelajar perempuan, tiap-tiap hari makan buah epal. Kadang2 hati tertanya2lah jugak, tak rasa jemu ke dia ni asyik makan buah epal je. Saya yang tak makan epal, cuma tengok dia hari2 pun boleh rasa muak. Hairan juga dia boleh tahan bertahun2. … Mungkin dia tahu tentang khasiat buah epal ini baik untuk kulit jadi sebab tu agaknya kot dia amal makan buah ini hari-hari. Memang ternyata kulit mukanya nampak lain daripada yang lain. Nampak segar, bersih dan tiada problem dengan jerawat. Boleh buat kita rasa jealous!

Terfikir, di usia begini, boleh ke kulit jadi muda semula kalau hari-hari makan buah epal? hmm… rasa2 nak kena cuba dua tiga bulan baru boleh tahu berkesan ke tidak makan epal untuk awet muda….larat ke nak makan epal hari-hari? Mungkin jalan yang mudah jus kan saja!

image

Bila saya baca tentang epal, buah ini rupanya mengandungi banyak khasiat. Boleh cegah alzheimer,penyakit Parkinson, kanser,diabetes, kolesterol, batu karang, buasir, katarak, meningkatkan sistem imun, menyahkan toksin hati dan baik untuk kesihatan jantung. Buah epal juga bagus untuk tulang dan boleh cegah osteoporosis.
kalau anak2 diserang penyakit asma, bagi minum jus epal segar boleh mengurangkan semput. Oh ya, makan epal pun boleh slimkan badan.

Baru2 ni terbaca tentang masker yang dibuat dari epal hijau, boleh melembap dan mencerahkan kulit muka. Bukan tu je, boleh juga putihkan kulit. Sangat menarik 🙂
Rasa2 kalau makan epal hari2 selama 3 bulan dan pakai mask seminggu 2 kali mungkin suami pun terkejut… ye le nampak isterinya slim dan muda sikit hehe

Cara membuat mask dari epal hijau.

1 biji epal hijau + 2 tbsp madu + 3 tbsp yogurt dikisar hingga halus dan berkrim. Sapu di muka dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam.

Semoga memakai mask boleh memberi kesan yang terbaik pada kulit muka….

Khasiat Belimbing besi

Semalam dalam perjalanan pulang dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur, Singgah di R & R Pagoh. Nampak buah belimbing besi. Buah ni kegemaran suami. Saya? Hmm… banyak-banyak jenis buah, belimbing besi lah yang paling saya tak gemar.

image
Buah ni kaya dengan antioksidan, Kalium, vitamin C dan zink.

Dikatakan khasiat buah ni boleh merawat demam, penyakit kencing manis, kencing tak lawas, darah tinggi, sakit tekak dan selsema. Ia juga meningkatkan stamina, menurun paras kolesterol, melegakan sembelit dan bermanfaat pada kulit dan rambut. Buah ni amat membantu bagi menghilangkan jerawat dan melambatkan kedutan atau tanda penuaan.

Buah ini mengandungi kadar asid oksalik yang tinggi dan dikatakan boleh memudharatkan seseorang yang mengalami masalah buah pinggang, batu karang dan juga mereka yang sedang menjalani rawatan dialisis. kemudharatan yang mungkin berlaku ialah kelemahan otot, insomnia dan sawan
image
(Buku ini juga dirujuk)

Buah belimbing yang dikisar boleh digunakan sebagai masker muka supaya kulit muka menjadi segar, anjal dan kelihatan bersih.

Saya juga pernah baca bahawa jus buah ini boleh digunakan untuk membuang kotoran pada linen dan mencuci barang tembaga.

Saya sendiri tak pernah cuba petua diatas. Kalau petua ni berkesan, bolehlah nanti beritahu saya ya.. 😉