DILL.

Dill adalah tumbuhan yang unik kerana daun dan benihnya sering digunakan sebagai bahan perisa. Daun dill memberikan rasa lembut dan manis pada makanan. Manakala benihnya pula mempunyai rasa sedikit pahit, manis dan aromatik. Ia mengandungi mineral kalsium, mangan, besi dan flavonoid yang terkenal dengan antioksidan, anti radang dan antivirus.

Dill dapat meningkatkan amaun air kencing dan dengan itu membantu menyingkirkan unsur-unsur toksik dalam badan. Ia juga boleh merangsang selera makan, membantu mengawal metabolisme, penghadaman, melegakan cirit birit, senak, loya, kekejangan otot, dan gangguan haid. Ia juga sedatif untuk usus bengkak terutama pada kanak-kanak.

image
Disyorkan minum teh dill bagi mereka yang mengalami insomnia. Kunyah benih dill sangat berkesan bagi menghilangkan nafas berbau. Teh dill juga boleh digunakan untuk mencuci dan merawat buasir, kutu dan menyuburkan kuku yang lemah.

Cara mengambil:
Rebus 2 tsp benih dill dengan 1 litre air selama 10~15 minit. Tapis dan minum 1/2 cawan sedikit-sedikit, 1~2 kali sehari atau ambil 2 genggam daun dill dan rendam dengan 1 litre air semalaman dan minum 1 cawan, 1~2 kali sehari.

Kesan sampingan:
1) Mengambil dill semasa mengandung mungkin boleh menyebabkan keguguran.
2) Dikatakan sering minum teh dill boleh melemahkan penglihatan mata.

Rujukan:
1) HERBS – The healing nature.
2) The Desktop Guide to herbal medicine.

Masak Lemak Labu Ubi Kayu

Bila saya hidangkan masakan ini pada mak saya, katanya, dia suka makan masakan macam ni.. saya rasa sangat gembira melihat mak saya makan dengan berselera sekali. 😀

image

MASAK LEMAK LABU UBI KAYU
image

Bahan-bahan:
1) 1 mangkuk ubi kayu yang telah disagat/parut
2) 1 mangkuk labu
3) Beberapa ketul ikan masin kurau yang telah digoreng, cili padi dan serbuk kunyit ditumbuk hancur
4) Cili padi
5) 3/4 cawan air dan 1 cawan santan pekat atau 1 kotak kecil santan kara
6) Lada hitam dan garam.

Caranya:
1) Masak 3/4 cawan air dan masukkan bahan yang ditumbuk dan labu. Bila labu hampir lembut masukkan ubi kayu.
2) Bila ubi kayu dah masak masukkan santan, lada hitam, beberapa biji cili padi dan garam secukup rasa.
3) Mendidih je santan bolehlah tutup api.

Masakan ini agak pekat dan sekiranya prefer cair sedikit, kurangkan ubi kayu.
Sedap dimakan dengan daging goreng rempah ketumbar 😉

Daging Rempah Ketumbar

Mak dan adik saya baru saja kembali dari mengerjakan umrah. Kata mak saya, dia kurang ada selera makan ketika di sana. Jadi baru-baru ini saya masakkan daging rempah ketumbar kegemaran mereka. Alhamdulillah berselera mereka makan 🙂

Jom tengok resipi..
DAGING REMPAH KETUMBAR
image

image

DAGING REMPAH KETUMBAR

1) 1 mangkuk daging lembu batang pinang dihiris kecil dan kiub
2) 1 tbsp biji ketumbar
3) 1 tbsp biji lada hitam
4) 2″ halia, dimayang
5) 8 ulas bawang merah dihiris nipis
6) 5 tangkai cili kering dihiris nipis

Caranya:
1) Panaskan minyak(agak2 kalau terlebih pun ok) dan goreng daging, masukkan biji ketumbar dan biji lada hitam
2) Bila daging dah hampir nak kering masukkan halia, bawang dan cili kering dan goreng sehingga garing. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan tuang daging ke dalam penapis dan toskan.

Okay, have a try!