Krim pemutih, bahaya?

Awal pagi tadi saya sarapan salad & salmon dan nasi dengan jeruk ikan masin dan udang kering. Walaupun simple, sedaplah jugak jeruk ikan masin ni.

Bila menginap di hotel negara bukan islam, kita kenalah berhati-hati dengan memilih makanan, betul tak?

image

image

Akhbar semalam.
image

Semalam baca satu artikel, mengenai whitening creams can be dangerous, expert warns…

Pakar memberi amaran, krim pemutihan boleh membahayakan.
Bahan pemutihan tertentu, termasuk salah satu yang sedang meluas diiklankan di media sosial, boleh menyebabkan buta atau kanser kulit.
Pil, cecair atau kosmetik yang menawarkan untuk memutihkan kulit, biasanya mengandungi jumlah yang tinggi AHA (alpha hydroxy asid). Pengguna boleh mengalami sensasi membakar, mengelupas atau keradangan pada kulit atau mungkin menjadi terlalu sensitif kepada cahaya matahari.
Produk-produk ini, boleh menyumbang kepada kanser kulit, jika digunakan dalam tempoh yang panjang dan juga menyebabkan buta jika digunakan terlalu dekat dengan mata.
Orang yang ingin memutihkan kulit mereka, perlu pergi kepada pakar dermatologi yang bertauliah. Pakar dermatologi boleh menentukan, penggunaan produk yang berasaskan AHA dan tempoh yang betul agar tidak memudharatkan kulit…

Mmm… bahaya rupanya, menggunakan sebarang produk pemutihan kulit yang mengandungi kadar paras AHA yang tinggi!

Boutique Sutera Thai

Hari ini saya ke Boutique Sutera Thai yang agak terkenal di Bangkok. Di Boutique ini, terdapat pelbagai produk 100% sutera Thai asli untuk keperluan fesyen dan hiasan dalaman rumah. Ia terletak di jalan Sukhumvit Soi 23 dan berhampiran dengan Hotel Grand Millennium.
Station BTS (Bangkok Mass Transit System) terdekat dengan boutique ini ialah Asok dan kalau naik MRT (Bangkok Metro), station terdekat ialah Sukhumvit.

Boutique ini bukanlah di dalam Mall tapi diubah suai dari sebuah bunglow. Walaupun begitu, terdapat banyak juga pilihan. Ia sebenarnya macam showroom, kita boleh order dan juga beli di situ.

Kain sutera di sini, ditenun tangan. Saya sendiri tidak dapat bezakan antara tenun tangan dengan tenun mesin. Yang pasti tenun tangan lebih sukar dan memerlukan lebih masa.

THAI SILK BOUTIQUE
image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Sempat juga saya kecek suami untuk beri hadiah, hehe..

Bangkok, aku datang…

image

Ketika ini saya dan suami berada di dalam pesawat MH 784 menuju ke Bangkok. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam 50 minit. Kami akan berada di Bangkok tak lama, cuma 4 malam saja.

Pukul 4.30 pg dah bangun dan selepas solat subuh kami terus bertolak ke airport.
Awal juga tiba di airport tadi, sempatlah duduk di Mas lounge dan breakfast nasi lemak…
.
.
.

Dalam pesawat dijamu lagi, banyak makan lah pulak, hehe….
Rasanya no lunch for today, perut rasa penuh sangat. 🙂

Sebelum ni, saya dah pernah ke Bangkok tapi kali ini suami ada meeting kat sana.. Rasanya tak berkesempatan nak melawat banyak tempat, sebab suami akan sibuk dengan tugasnya. Nak keluar sorang2 tak beranilah pula… . 😦

Anyway, walaupun tidak akan berada lama di Bangkok untuk kali ini, rasanya masih juga boleh enjoy… InsyaAllah.

shopping? 😀