Lengkuas & Halia Beku

Minggu lepas saya telah buat halia beku jadi pada hari ini projek saya adalah membuat lengkuas beku pula sebab baki yang sedia ada dah berkurangan. Lengkuas dan halia adalah antara bahan yang sering saya gunakan dalam masakan. Saya dapati kedua-dua bahan ini mudah rosak jika tidak saya bekukan terutama lengkuas kerana ianya cepat kering.

Jika saya bekukan lengkuas dan halia, kerja memasak saya menjadi mudah sebab stok sentiasa ada. Apabila nak masak, saya keluarkan terlebih dahulu lengkuas atau halia beku dari peti sejuk dan biarkan aisnya cair, guna seperti biasa.

Selain dari dibekukan, lengkuas dan halia boleh juga dikeringkan. Walaubagaimanapun, saya lebih gemar lengkuas dan halia dibekukan. Ini lah cara mudah saya untuk elak pembaziran.. 🙂

LENGKUAS
image

HALIA BEKU
image

Migrain

Sesiapa yang pernah mengalami migrain akan tahu bahawa ia adalah lebih dari sakit kepala yang teruk. Diet seperti teh, kopi, keju, coklat, tomato dan telur boleh menjadi faktor utama yang sering dikaitkan sebagai pencetus kepada migrain.

Gejala migrain:
1) Sakit kepala yang kuat
2) Penglihatan terganggu
3) Sakit akut, selalunya pada sebelah mata
4) Loya atau muntah-muntah
5) Sensitif pada cahaya yang terang

Mengurut leher dan minum teh herba ketika mengalami migrain dikatakan dapat menenangkan dan memberi keselesaan serta membantu mengurangkan kesan migrain terutama ketika mendapat serangan diperingkat awal.

Herba seperti chamomile untuk sakit kepala berdenyut dengan menambah sedikit halia bagi melegakan rasa loya yang teruk dikatakan dapat memberi kelegaan dari migrain.
Caranya:
1tsp chamomile direndam ke dalam 1 cawan air mendidih selama 5~10 minit. Bagi melegakan rasa loya boleh juga rendam bersama dengan beberapa keping halia segar.
Minum 1 cawan dan beberapa kali sehari

image

Herba rosemary pula adalah baik untuk merawat migrain yang disebabkan oleh stres.
Caranya:
1/2tsp~1tsp rosemary direndam dalam 1 cawan air mendidih selama 15 minit. Semasa merendam herba rosemary cawan hendaklah ditutup.
Minum 1/2 cawan ~1cawan tiga kali sehari.

image

Semoga petua di atas dapat merawat atau membantu mengurangkan masalah mereka yang sering mengalami migrain…

Rujukan:

Jessica Houdret: Home Herbal Doctor

Bartram’s Encyclopedia of Herbal Medicine

Kari Daging Kekacang

Resipi hari ini sesuai dihidang untuk sarapan pagi dan sedap dimakan dengan roti canai, capati atau pun roti naan.

Kekacang/Organic Soupmix
image

Kari Daging Kekacang
image

Bahan-bahan:

1) 100g kekacang/organic soupmix direndam semalaman
2) 150g daging batang pinang dihiris nipis dan 1 biji tomato dihiris kiub kecil
3) 3 tbsp penuh rempah kari daging
4) 5 biji ubi kentang sederhana besar dibelah empat setiap satu
5) 5 ulas bawang merah dihiris nipis
6) 3 ulas bawang putih dicincang
7) 3″ kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga & 4 kuntum bunga cengkih

Caranya:
1) Kekacang direbus dengan lima cawan sehingga hampir empuk
2) Masuk ubi kentang dan masak sehingga ubi kentang dan kekacang empuk. Padam api
3) Panaskan kuali dan tumis bahan 5~7 sehingga bawang kekuningan
4) Rempah kari dibancuh dengan sedikit air dan kacau rata
5) Masukkan rempah kari kedalam kuali dan masak sehingga terbit minyak
6) Kemudian masukkan rebusan kekacang dan kentang, daging dan tomato ke dalam kuali
7) Masak sehingga kuah pekat.
8) Akhir sekali masukkan garam secukup rasa

Selamat mencuba.