Sesiapa yang pernah mengalami migrain akan tahu bahawa ia adalah lebih dari sakit kepala yang teruk. Diet seperti teh, kopi, keju, coklat, tomato dan telur boleh menjadi faktor utama yang sering dikaitkan sebagai pencetus kepada migrain.
Gejala migrain:
1) Sakit kepala yang kuat
2) Penglihatan terganggu
3) Sakit akut, selalunya pada sebelah mata
4) Loya atau muntah-muntah
5) Sensitif pada cahaya yang terang
Mengurut leher dan minum teh herba ketika mengalami migrain dikatakan dapat menenangkan dan memberi keselesaan serta membantu mengurangkan kesan migrain terutama ketika mendapat serangan diperingkat awal.
Herba seperti chamomile untuk sakit kepala berdenyut dengan menambah sedikit halia bagi melegakan rasa loya yang teruk dikatakan dapat memberi kelegaan dari migrain.
Caranya:
1tsp chamomile direndam ke dalam 1 cawan air mendidih selama 5~10 minit. Bagi melegakan rasa loya boleh juga rendam bersama dengan beberapa keping halia segar.
Minum 1 cawan dan beberapa kali sehari
Herba rosemary pula adalah baik untuk merawat migrain yang disebabkan oleh stres.
Caranya:
1/2tsp~1tsp rosemary direndam dalam 1 cawan air mendidih selama 15 minit. Semasa merendam herba rosemary cawan hendaklah ditutup.
Minum 1/2 cawan ~1cawan tiga kali sehari.
Semoga petua di atas dapat merawat atau membantu mengurangkan masalah mereka yang sering mengalami migrain…
Rujukan:
Jessica Houdret: Home Herbal Doctor
Bartram’s Encyclopedia of Herbal Medicine