Jelatang dan Dandelion

Minat saya pada herba bermula bila saya baca tentang jelatang  dan dandelion kira2 10 tahun yang lalu.Sebelum itu saya pernah menghadapi sakit yang amat teruk dibahagian belikat bawah bahu. Berbagai cara saya cuba bagi menghilang kesakitan. Syukur kepada Allah akhirnya saya berjaya dengan meminum jus nenas hari2 selama sebulan lebih. Saya pernah tulis tentang nenas buah pilihan didalam entri sebelum ini. Bila sakit dah hilang, mula ada keinginan dalam diri ingin tahu tentang khasiat buah2an, sayuran2 dan herba2 untuk kesihatan tubuh badan.

Jelatang (stinging nettle) dan dandelion adalah dua herba yang sangat2 saya suka.
Bila saya baca mengenai jelatang dan dandelion, kedua2 herba ini menarik minat saya untuk mencuba.  Saya makan herba ni berbulan2 kemudian berhenti berbulan juga dan sambung semula dan berhenti lagi dan sambung balik. Itulah amalan saya hingga kini. Apakah kesannya terhadap saya? Susah nak jawab sebab saya makan bukan kerana saya sakit tapi saya makan sebagai supplement. Saya rasa best bila makan herba ini. Saya beritahu kawan2 tentang herba ni, biasalah setahu saya ramai yang tak ingin nak cuba…. Hahaha.  Anyway saya ada seorang kawan yang ada masalah kesihatan. Saya tidak tahu bagaimana nak jelaskan apa sakitnya dan salah satunya ialah sakit sendi2. Dia sentiasa bergantung kepada ubat doktor dan lama jugalah dia berkeadaan begitu. Satu hari saya beri dia jelatang dan dandelion. Lama juga saya menunggu reaksi daripadanya. No reaksi!! Akhirnya saya tanya dan dia jawab, dia tak makan!!!  hahaha.. Saya pun terdiam seketika. Ok, jawab saya.

Lama2 kemudian, dia telepon saya. ‘best lah herba2 ni, I dah tak sakit, herba ni dah habis, I nak pergi beli la. You nak tau I dah tak ambil ubat doktor, I dah berhenti makan ubat yang mengandungi steroid’ . Alhamdulillah kedua2 herba ni sangat sesuai untuk dirinya dan seperti yang sering saya katakan adakala sesuai untuk kita belum tentu sesuai untuk orang lain, sebab badan setiap individu tu tak sama.

Bagi pandangan saya kalaulah boleh cubalah elak dari mengambil ubat yang mengandungi steroid sebab kesan sampingannya boleh memudharatkan badan.

InsyaAllah esok saya sambung lagi tentang jelatang dan dandelion….

Kerabu Tunas (sprouts)

Bila bijirin, biji dan kacang di cambahkan, kandungan zat yang terdapat didalam tunas sangat tinggi terutama kandungan enzim

image

image

image

 

Bila tunas di makan mentah, kandungan antioksidan dan enzim yang sangat tinggi memberi manfaat kepada kesihatan badan. Tunas sangat mudah di cernakan, mempunyai kadar serat, protein, vitamin dan mineral yang tinggi.

Kajian terkini menunjukkan bahawa tunas, disamping menjadi sumber nutrien yang hebat, juga mempunyai keupayaan penyembuhan yang sangat tinggi. Tunas juga mampu meningkat pembentukan dan ketumpatan tulang di samping mencegah osteoporosis, membantu mengawal hot flashes, menopaus, pms dan fibrocystic tumor payudara serta merangsang sistem imun

RESIPI KERABU TUNAS
Semalam saya hidangkan kerabu ni pada suami dan anak….berselera mereka berdua makan!!

image

 

 

image

Bahan-bahan:

  1. 1/2 pek tunas brokoli & alfalfa, cuci dan toskan
  2. 1/2 pek tunas alfalfa, cuci dan toskan
  3. Sengenggam daun selasih
  4. 1 biji bawang besar dihiris nipis
  5. 2 batang serai, ambil bahagian lembut dan hiris nipis
  6. 2 cili merah, buang biji dan hiris nipis
  7. 1 keping kecil ikan tenggiri bakar, ditumbuk atau kisar kasar
  8. 1 sudu besar kerisik
  9. 1 sudu besar madu
  10. 3 sudu besar cuka epal atau jus lemon secukup rasa
  11. 3 sudu besar santan pekat segar ( saya guna santan kotak jenama kara)
  12. Serbuk kasar lada hitam secukup rasa
  13. Garam secukup rasa

 

Cara:

Masukkan bahan 4 – 13 ke dalam mangkuk. Gaul dan ramas sehingga sebati

Kemudian masukkan tunas brokoli, tunas alfalfa dan daun selasih. Gaul sehingga rata

 

Kerabu ini kalau dibiar lama akan berair. Kalau suka kering, kurangkan santan

Khasiat daun Salam (Bay Leaf)

Satu masa yang lalu saya ingat daun Salam ni hanya digunakan untuk masakan seperti daun limau purut dan daun kunyit, sehinggalah saya ke jogjakarta, indonesia. Saya dan suami singgah dirumah ibu seorang teman. Di depan rumahnya, berdiri gagah satu pokok salam yang sangat tinggi.

image

Kami diberitahu mereka sering rebus daun salam dengan gula batu, dan di jadikan sebagai teh daun salam yang sangat baik untuk kesihatan. Masa itu saya akui ibu teman kami, seorang wanita yang sudah lanjut usia, sihat, tegap dan dia juga menjalankan kerja amal yang memerlukan beliau bergerak aktif. Memang jelas kelihatan dia seorang yang cergas. Ketika itu saya difahamkan, itu lah amalan ibu nya, minum teh daun salam setiap hari.

Khasiat daun salam dikatakan boleh menurunkan kadar gula dalam darah yang melonjak melebihi paras normal, menurun tekanan darah dan kadar kolesterol ldl, merawat ulser perut, pening, migrain, katarak, gatal2, kudis dan ekzema. Daun salam juga disebut2 boleh mengatasi cirit birit, pedih ulu hati dan mengurang asid urik dalam badan.

Resepi teh daun salam
Untuk cirit birit 10 daun segar (daun kering guna separuh daun segar)
+ 2 cawan air. Rebus 15 minit dan minum ketika masih lagi panas.

Untuk kencing manis ambil 6-8 daun salam segar + 3 cawan air hingga jadi 1 cawan teh salam, biar sejuk dan minum sebelum makan dan lakukan dua kali sehari. ( sesuai juga untuk tekanan darah tinggi dan kolesterol)

Untuk asid urik 10 daun salam segar + 4 cawan air rebus sehingga menjadi 2 cawan.

Untuk ekzema 8 daun salam segar + 20 gram kunyit. Tumbuk lumat dan sapu pada kulit yang sakit.