Tomyam

Tadi masak tomyam untuk makan malam bersama suami. Biasanya bila masak tomyam saya akan rebus ikan bilis bagi mengantikan sos ikan. Saya tak pernah jumpa sos ikan buatan Malaysia di supermarket jadi sebab itulah setiap kali bila masak tomyam saya akan gunakan ikan bilis. Bagi saya sedap juga ๐Ÿ™‚

Sebenarnya masakan rebus macam ini banyak khasiatnya. Bagus juga kalau kita selalu masak masakan ini dan kurangkan makanan bergoreng. Tomyam sedap dimakan semasa panas.

Jom masak tomyam.. ๐Ÿ™‚

image

image

Bahannya :

1)ย  21/2 cawan air
2)ย  11/2 ” lengkuas di ketuk
3)ย  3 akar serta batang ketumbar
4)ย  4 tbsp ikan bilis
5)ย  Jus 1/2 biji lemon
6)ย  2 batang serai diketuk
7)ย  10 cili padi diketuk
8) 4 helai daun limau purut, diramas
9)ย  4 ekor udang besar, dipotong buang1/2 bahagian kepala udang. Belah dibahagian atas udang untuk membuangย  perut hitam yg terdapat dalam udang. kulit udang tidak dibuang.
10) 4 ekor sotong. Dibuang kulit dan dipotong.
11) 1/2 bawang besar dihiris bulat.
12) Segenggam daun ketumbar dihiris

Caranya:
1) Masak air hingga mendidih dan masukkan bahan 2 ~ 4, kecilkan api dan masak selama 20 minit.
2) kemudian keluarkan bahan 2 ~ 4, dan seterusnya masukkan bahan 5 ~ 8. Masak atas api yg kecil selama 5 minit.
3) Akhir sekali masukkan pula bahan 9 ~ 12. Masak sekejap je. Bila kepala udang dan ekor hampir bercantum bermakna udang dah masak. Ops jangan lupa masukkan garam secukup rasa.

Selamat mencuba, ๐Ÿ˜‰

Salad Parsnip & Ikan Tenggiri Berempah

Dah banyak hari saya beli parsnip dan hari ini barulah saya buat salad parsnip. Asalnya rancang nak masak sup parsnip dengan cendawan enorki. Tapi sebab dah perap ikan tenggiri dengan rempah kari, saya tak jadilah masak sup. Rasanya lagi sedap makan nasi bersama salad parsnip dengan ikan goreng berempah. ๐Ÿ™‚

Walaupun bentuk parsnip ni seakan sama seperti carrot, warna dan rasanya sangat berbeza. Ia berbau harum dan sedap dimakan mentah. Parsnip kaya dengan zat nutrien dan serat. Ia membantu mengawal paras gula dalam darah, mengurangkan paras kolesterol, mengurangkan risiko osteoporosis, membantu penghadaman, mencegah dan merawat anemia terutama semasa mengandung.

Salad parsnip dan ikan tenggiri goreng berempah sesuai untuk hidangan makan tengah hari atau dinner ๐Ÿ™‚
image

image

image

image

image

Bahan-bahan salad:

1) 1 batang parsnip di sagat kasar. Bahagian tengah dibuang kerana ia bersabut.
2) 1/2 biji tomato dan 1/2 biji lada benggala merah di potong kiub.
3) 1/2 labu bawang besar dihiris nipis.
4) 3 tangkai daun bawang dihiris.
5) Jus 1/2 biji lemon, 1 tbsp minyak bijan dan 1/2 tbsp madu.
6) Lada hitam dan garam secukup rasa.

Campur semua bahan-bahan salad dan gaul bagi rata. Biarkan selama 30 minit dan barulah hidang.

Ikan tenggiri berempah:
1) 2 keping ikan tenggiri di perap dengan 1″ halia yang ditumbuk hancur bersama garam selama 15 minit.
2) Kemudian gaul hingga rata ikan dengan 2tbsp rempah kari ikan dan perap lagi selama 30 minit.
3) Goreng ikan dalam minyak yang sedikit. Semasa menggoreng kecilkan api dan tutup kuali supaya ikan cepat masak.

Jom makan, hmm.. menyelerakan ๐Ÿ™‚


Health benefits of parsnip

Asam salam ikan senangin

Masakan tengah hari yang sangat simple tetapi berkhasiat, ๐Ÿ™‚

Biasanya bila saya masak masakan ini saya suka masukkan cili padi, tapi kali ni terpaksa masukkan cili kering sebab cili padi dah habis. hehe
Ramai kawan kata ini masakan asam rebus, yelah jugak sebab kita cuma rebus je semua bahannya. Masak asam rebus ni ada macam-macam cara dan ini yang sangat simple dan tak perlu bawang. Jadi kalau di rumah kehabisan bawang bolehlah cuba resipi ni.

Jom makan, ๐Ÿ˜‰

image

image

Bahannya:

1)ย  Ikan senangin
2)ย  Asam keping, daun salam, cili kering, serbuk kunyit dan garam secukup rasa.

Bila air dalam periuk dah mendidih masukkan ikan dan semua bahan (2). Kecilkan api dan masak selama 20 minit.

Senangkan masak asam salam ikan senangin ni, pejam mata pun boleh buat..kan? ๐Ÿ™‚