Laksa Kasih

Resipi kali ini adalah Laksa kegemaran keluarga saya…

Mesti ramai yang suka makan laksa kan? Terdapat perbagai cara memasaknya. Biasanya bila masak laksa, saya dapati ramai yang suka taruh belacan. Oleh kerana suami saya tak suka bau belacan jadi semua masakan saya tak pernahlah ada belacan.

Saya juga tidak masukkan gula atau serbuk perisa msg ke dalam kuah laksa. Saya suka masukkan lengkuas, serai dan banyak bawang besar yang dikisar supaya kuah laksa terasa manis dari air bawang dan juga manis dari isi ikan. Kalau boleh, bagus juga jauhi msg ni sebab banyak sangat keburukan pada kesihatan. Ya lah kalau makan di luar tu memang sukar kita nak avoid kan? tapi sekurang-kurangnya bila msg tak ada dalam dapur kita, banyak juga tu kita dah kurang dari mengambilnya.

Jom cuba Laksa Kasih & Spaghetti Organik yang pastinya ia berkhasiat. 😉

image

image

image

image

image

Bahan-bahan:
1) Mee Laksa atau Spaghetti
2) Telur rebus

Kuah Laksa
1) 8 ekor ikan kembung direbus dengan dengan 10 mug air. Dah masak biarkan sejuk.
2) 2″ lengkuas diketuk
3) 2 batang serai diketuk
4) 15 cili kering dibuang biji dan rendam air panas
5) 4 labu bawang besar
6) 10 keping asam gelugur dan air asam jawa
7) 2 kuntum bunga kantan, dibelah dua
8) Segenggam daun kesum. Saya suka masukkan banyak daun kesum. Boleh kurangkan

Caranya:
1) Isi ikan ditumbuk. Saya ambil semua tulang ikan bersama sedikit air rebusan ikan dan kisar hingga halus kemudian tapis ambil airnya.
2) Cili kering dan bawang besar dikisar dengan sedikit air rebusan ikan
3) Masak semula air rebusan ikan dan masukkan isi ikan, air tulang, bahan kisar cili dan bawang, asam gelugur, air asam jawa, lengkuas dan serai. Masak sehingga mendidih
4) Masukkan bunga kantan dan daun kesum
5) Reneh sekejap.
Ops, jangan lupa garam secukup rasa.

Bahan untuk ulam:
1) Timun dihiris halus
2) Salad dimayang
3) I labu bawang besar dimayang
4) Cili padi, cili merah dan limau nipis

Kalau suka belacan boleh je masukkan ke dalam kuah laksa. Kuah ini lebih sedap di makan bersama mee laksa.
Di rumah cuma saya seorang saja yang suka makan ulam kemangi dan selom bersama laksa, cubalah sedap, hehe…

Yummy! 🙂

Ayam Cili Sos Tiram

Masakan berbuka puasa sebentar tadi…

AYAM CILI SOS TIRAM

image

Bahan-bahan:

1) 1 ekor ayam kampung dipotong lapan digaul garam
2) 20 tangkai cili kering dibuang biji dan direndam air panas. Kemudian kisar dengan 1 1/2 cawan air hingga lumat
3) 2 labu bawang besar dihiris nipis
4) 4 ulas bawang putih di ketuk dan dicincang
5) 1/3 cawan sos tomato
6) 1/3 cawan sos cili
7) 1/3 cawan sos tiram

Caranya:
1) Ayam digoreng hingga hampir garing dan toskan
2) Bawang besar digoreng hingga kekuningan dan toskan
3) Tumis bawang putih hingga kekuningan.
4) Masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak
5) Kemudian masukkan semua sos, garam secukup rasa dan masak kuah hingga pekat.
6) Akhir sekali masukkan ayam goreng dan bawang goreng. Kacau sehingga rata.

Ok selamat mencuba.

Jeruk Goreng Rosemary

Masakan ini sesuai dihidang sebagai pembuka selera.

Jom try resipi ini. 🙂

JERUK
image

JERUK GORENG ROSEMARY
image

Bahan-bahan:
1) Jeruk sawi kerinting dan jeruk bawang merah dihiris
2) Jeruk cili dibelah dua, buang biji dan dihiris
3) 4 Ulas bawang putih diketuk dan dicincang & sedikit cili padi dihiris
4) Sedikit ikan masin kurau dihiris nipis.
5) 1/2 tsp rosemary kering

Cara:
1) Jeruk sawi, bawang merah dan cili diperah buang air jeruk
2) Tumis bawang putih hingga kekuningan dan masukkan cili padi dan ikan masin kurau
3) Bila ikan masin dah garing, masukkan jeruk dan rosemary.
4) Besarkan api dan goreng sehingga hampir kering

Mmm…dah pun masak & boleh makan.

Selamat menjamu selera.