A Whole Lotta Kimchi

Pagi tadi saya ke Jusco beli banyak sayur kobis napa, cili besar dan daikon/lobak putih. Saya nak buat lots and lots of kimchi dan jeruk.
Ketika nak bayar, rasa nak tergelak pada diri sendiri pun ada juga, ye lah macam orang nak berniaga kimchi dan jeruk lah pulak. 🙂

Di rumah, bukan saya seorang saja suka makan kimchi dan jeruk, suami dan anak-anak pun suka juga terutama bila saya buat masak lemak kimchi dan telur dadar kimchi. Jeruk daikon dan cili pun kini dah jadi favourite.

Saya guna gula molasses dan cuka epal sebab ia kaya dengan nutrien untuk jeruk daikon dan cili. Air jeruk kelihatan berwarna perang kerana gula molasses. Saya buat jeruk sebanyak 9 batang daikon dan 60 biji cili besar serta buat kimchi dengan 9 biji kobis napa. Lama juga nak siapkan jeruk dan kimchi ini sebab banyak sangat. Nampaknya akan lama juga nak habis, ye lah bukan nak makan hari-hari macam orang Korea, hehe..

Untuk buat kimchi kali ini, saya masukkan banyak daun bawang. Manakala daikon pula saya tidak celur. Selepas daikon dihiris, saya terus masukkan ia kedalam air gula cuka. Cili pula dicelur sekejap saja. Seperti biasa saya guna resipi yang sama untuk jeruk daikon dan cili.

KOBIS NAPA

 

1448530486379

KIMCHI

 

1448530350477
JERUK CILI

 

1448530245831

1448530132306

DAIKON/LOBAK PUTIH

1448529993003

JERUK DAIKON/LOBAK PUTIH

1448529895641

JERUK

1448529743964

Lagi dua minggu baru sedap dimakan kimchi dan jeruk daikon serta jeruk cili.

Makanan berkhasiat. 🙂


Cara membuat kimchi

Cara membuat jeruk

Khasiat jeruk

Jeruk cili

Jeruk kai choy

Memohon Perlindungan Kepada Allah

Doa selepas solat

Diriwayatkan di dalam sahih al-Bukhari di awal “Kitabul-Jihad” dari Sa’ad Abi Waqqas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. memohon perlindungan kepada Allah setiap selepas solat dengan kalimat-kalimat ini:
image

Ertinya:
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari sifat kedekut, aku berlindung kepada-Mu dari sifat pengecut, aku berlindung kepada-Mu dari keburukan masa tua, aku berlindung kepada-Mu dari fitnah dunia dan aku berlindung kepada-Mu dari seksa kubur.”

Salam Jumaat

Selawat kepada Rasulullah.s.a.w.

Diriwayatkan di dalam sahih Muslim, dari Abdullah bin Amr bin As r.a. bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

image
Ertinya:
“Siapa yang membaca selawat ke atasku sekali, maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.”

Diriwayatkan di dalam sunan Abu Daud, sunan an-Nasa’i dan sunan Ibnu Majah dengan sanad sahih dari Aus bin Aus r.a., dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
image
Ertinya:
“Sesungguhnya hari terbaik kamu adalah hari Jumaat, maka pada hari itu perbanyakkanlah membaca selawat kepadaku. Kerana selawat kamu diperlihatkan kepadaku. Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana mungkin selawat kami diperlihatkan kepadamu sedangkan engkau telah hancur (menjadi tanah)?” Baginda menjawab, “Sesungguhnya Allah mengharamkan tanah untuk memakan jasad para Nabi.”

Diriwayatkan di dalam sunan Abu Daud di akhir Kitabul-Haj; pada “Bab Ziarah Kubur” dengan sanad sahih dari Abu Hurairah r.a., dia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:
image
Ertinya:
“Janganlah kamu jadikan kuburku sebagai tempat perayaan. Dan berselawatlah kepada ku, kerana sesungguhnya selawat kamu akan sampai kepadaku di mana pun kamu berada.”