Tomato ‘pencegah strok’

Umum mengetahui penduduk negara Barat amat menggemari buah tomato namun ia tidak sebegitu popular dikalangan rakyat kita. Sebenarnya buah tomato ini banyak khasiatnya. Saya pernah terbaca beberapa petikan akbar mengenai buah tomato yang dikatakan boleh mencegah strok.

Menurut penyelidik di Finland, makanan yang kaya dengan tomato boleh membantu untuk mengurangkan risiko mendapat strok.

Satu kajian terhadap 1,031 lelaki, yang diterbitkan dalam jurnal neurologi, tahap lycopene yang tinggi dalam aliran darah, adalah yang paling kurang berkemungkinan untuk mendapat strok.

Lycopene adalah bahan kimia yang memberikan warna merah kepada tomato bertindak sebagai antioksidan, mengurangkan keradangan (inflammation) dan menghalang terbentuknya pembekuan darah. Lycopene adalah nutrien larut lemak juga ditemui dalam tembikai, betik, anggur,mangga dan cili. Terdapat juga beberapa kajian yang mencadangkan lycopene boleh mengurangkan risiko kanser prostat dan lain-lain jenis kanser.

image

Pada tahun 2010, Amerika Syarikat telah mengemaskini garis panduan pemakanan, yang menyarankan penduduk Amerika “meningkatkan” pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Mengambil sekurang-kurangnya 2 1/2 cawan buah dan sayur setiap hari dikaitkan dengan penurunan risiko serangan jantung dan strok.
Diet, bersenam dan tidak merokok adalah sangat penting untuk mengurangkan risiko strok.
Penyelidikan menunjukkan bahawa tomato yang dimasak bukan sahaja meningkatkan kandungan lycopene yang boleh diserap oleh badan, tetapi ia juga meningkatkan jumlah aktiviti antioksidan.

Siapa sangka ya, buah yang kecil mempunyai khasiat yang besar!

‘Gaya hidup sihat adalah penting untuk pencegahan strok’

Rujukan:


Tomatoes are ‘stroke preventer’

Tomato Helps Cut the Risk of a Stroke, Study Shows

Khasiat tomato

Salad Herba

Cuka epal banyak khasiatnya. Oleh kerana ia masam, saya cuba nak variasikan kegunaannya supaya ia dapat di ambil selalu terutama dalam makanan.

Salad herba yang ingin saya kongsikan hari ini simple je resipinya cuma kelainannya disini ialah saya masukkan cuka epal yang kaya dengan vitamin, mineral, dan enzim dengan madu yang diketahui mempunyai ciri-ciri syifa’. Rasa manis madu ini saya seimbangkan dengan rasa masam dari cuka epal.

image

Untuk maklumat lanjut tentang khasiat cuka epal bolehlah rujuk di entri saya terdahulu

image
Salad herba: Daun kesom, Petai & Bawang besar

image
Saya suka masukkan juga 1 tbsp minyak zaitun

image

Seperti salad lain, salad herba mempunyai khasiat yang sangat baik untuk kesihatan badan kita. Sedap di makan bersama nasi panas beserta sambal belacan atau sambal tempoyak.

Very simple and yet very nutritious!

Kimchi makanan berkhasiat

Annyeong haseyo! (hello)

Saya memang minat drama dan dokumentari korea. Astro KBS 391 boleh dikatakan channel favourite saya 🙂 Saya perhatikan banyak drama memaparkan kimchi sebagai makanan ruji rakyat korea. Macam sambal belacan dengan orang Melayu, memang tak dapat dipisahkan!

Kimchi sebenarnya hanyalah sayur yang diperam tetapi ia sarat dengan vitamin A, B, C dan pelbagai mineral. Kandungan bakteria lactic acid yang terdapat dalam kimchi turut membantu penghadaman. Ia tinggi serat dan rendah lemak lantas berkesan untuk menurunkan berat badan, menguatkan sistem imun dan membantu mengelakkan tekanan darah tinggi. Beberapa kajian menunjukkan kobis yang ditapai mempunyai sebatian yang boleh menghalang pertumbuhan kanser. Kimchi yang diperam selama dua hingga tiga minggu menghasilkan bakteria lactic acid dan vitamin terbanyak dan ia juga paling sedap pada waktu ini.

By the way, ini resipi kimchi yang saya buat semalam. Selamat mencuba.

image

image

image

image

image

image

Bahan-bahan:

1) 1 lb (anggaran 1/2 kilogram) kobis napa yang dicuci dan dihiris
2) 1/4 cawan garam himalayan atau garam laut + 1 mangkuk air suam, kacau hingga larut
3) 1/2 biji pear dibuang kulit
4) 1/2 biji epal dibuang kulit
5) 1 bawang besar saiz kecil
6) 3 tangkai daun bawang yang dipotong
7) 1 sudu besar bawang putih yang dicincang
8) 1 sudu besar halia yang dicincang
9) 4 sudu besar serbuk cili kering (serbuk cili ni tak pedas)
10) 3 sudu besar air rebusan ikan bilis ( 3 sudu besar ikan bilis + 1/2 cawan,rebus dan biarkan sejuk)

Cara-caranya:

1) Masukkan kobis ke dalam bekas dan tuang air garam, gaul rata dan biarkan selama 4 jam. Tutup bekas.
2) Selepas 4 jam, kobis dibilas 2 atau 3 kali dan perah kobis perlahan2 supaya sejat air.
3) Kisar buah pear dan epal tanpa air
4) Masukkan serbuk cili, bawang putih, halia, air rebusan ikan bilis & bahan kisar kedalam mangkuk dan gaul rata.
5) Masukkan adunan no.4 ke dalam mangkuk sayur kobis dan daun bawang. Gaul sehingga rata dan masukkan ke dalam balang kaca kedap udara.
6) Selepas 24 jam bolehlah masukkan balang kimchi ke dalam peti sejuk.

Jal meokkesseumnida! (Bon appetit)
Baru belajar je ni, thanks to Google hehehe 😀

Rujukan:

Healthy and tasty Kimchi


How to make Kimchi