Sotong Jintan Manis

Assalamualaikum.

Antara menu ringkas yang saya hidangkan untuk makan malam tadi ialah sotong jintan manis goreng. Anak saya kata sedap 😀

image

Bahan-bahan:

1) 300g sotong, dibuang kulit dan potong sederhana besar. Selepas dicuci, toskan
2) 1 sudu teh serbuk jintan manis
3) 2 batang serai dihiris nipis
4) 3 ulas bawang putih dihiris
5) Cili padi dihiris
6) 5 tangkai daun kari
7) Garam secukup rasa

Cara:

1) Gaulkan sotong dengan serbuk jintan manis dan garam. Perap 15 minit
2) Panaskan minyak, tumis bawang putih, serai, cili padi dan daun kari sehingga bawang putih kekuningan.
3) Masukkan sotong, besarkan api dan goreng sehingga sotong masak.
4) Jangan biarkan sotong lama di atas api, nanti sotong akan keras dan liat.

Selamat mencuba

Bihun Goreng Daun Ketumbar

Assalamualaikum

Hari ini saya masak menu yang simple untuk keluarga – Bihun goreng daun ketumbar! 😀

image

Bahan-bahan:

1)1 bungkus bihun jenama jasmine.
2) 350g daging batang pinang dihiris kecil
3) 50g bawang putih diketuk dan dicincang halus
4) 18 biji cili padi/ terpulang citarasa dihiris nipis
5) 3/4 sudu teh serbuk kasar lada hitam
6) 150g daun ketumbar dihiris
7) 6 sudu besar minyak
8) Garam secukup rasa

Cara:

1) Bihun direndam dengan air panas mendidih selama 1 minit dan toskan. Kemudian siram dengan air paip dan toskan
2) Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan cili padi sehingga kekuningan
3) Masukkan daging, garam dan lada hitam. Goreng sehingga daging masak dan sedikit garing
4) Masukkan bihun dan daun ketumbar. Gaul dan goreng sehingga bihun rata dan masak.

Jom makan 😀

Pembuka Selera

Hari ini saya sediakan menu pembuka selera yang digemari oleh keluarga saya iaitu bawang rebus kentang segar. Kalau saya sediakan hidangan ini, saya tidak perlu lagi masak sayur lain 😀

Bawang rebus kentang segar ini mudah dibuat..

Jom lihat resipinya

image

Bahan-bahan:

1) 2 labu bawang besar (saiz kecil) direbus hingga lembut. Biar sejuk dan kemudian dibelah empat
2) 2 biji kentang segar dimayang
3) 1 tbsp minyak bijan
4) 1 tsp serbuk ikan bilis
5) 1 tsp serbuk kasar cili kering
6) 1/2 tsp serbuk kasar lada hitam
7) Jus 1/2 biji lemon atau secukup rasa
8) Garam secukup rasa

Cara:

Gaul semua bahan diatas sehingga sebati. Biarkan sekejap sebelum dihidang.