Daging Asam Berserai

Assalamualaikum..

Jom try menu kesukaan Kasih untuk hidangan iftar nanti 😀
image

Bahan-bahan:

1) 350g daging batang pinang/lembut dihiris nipis
2) 5~6 keping asam gelugor (setengah asam gelugor kurang masam, boleh lebihkan) dibasuh menjadi lembut dan dihiris nipis
3) 3 batang serai (2 besar) diketuk dan potong 1″ panjang
4) 5 ulas bawang putih dengan kulit dibasuh bersih dan dihiris nipis
5) 1 sudu teh serbuk lada putih
6) Garam secukup rasa
7) 1 cawan minyak

Cara:

1) Gaul semua bahan 1~6 sehingga rata. Perap selama 30 minit
2) Panaskan minyak dan goreng daging sehingga garing
3) Tuangkan daging ke dalam tapis, toskan

Yummy!

Singgang Tenggiri & Sambal Bilis

Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Agaknya ketika ini ramai yang tengah sibuk buat biskut raya..

Tanpa kita sedari, ramadan hanya tinggal seminggu sahaja lagi. Ramai dah mula sibuk membuat persiapan menyambut shawal, nampaknya saya pun begitu juga kerana raya mesti diraikan!
Tahun ini saya dan keluarga akan sambut Aidil Fitri di Kuala Lumpur bersama ibu mertua, inshaaAllah.

Anyway, resipi yang ingin dikongsikan hari ini ialah singgang tenggiri dan sambal bilis. Seperti biasa, masakan yang ringkas dan simple untuk iftar. Hidangan yang wajib disediakan setiap kali di bulan puasa 🙂

image

image

SINGGANG TENGGIRI

Bahan-bahan:

1) 2 keping ikan tenggiri
2) 3 cawan air
3) 8 keping asam gelugor (terpulang pada citarasa masam)
4) 4 ulas bawang putih dibelah dua
5) 7 tangkai cili kering dihiris. (kalau suka pedas ketuk beberapa cili padi)
6) 2 inci lengkuas dihiris
7) Garam secukup rasa

Cara:
1) Masuk semua bahan dan masak sehingga mendidih
2) Kecilkan api dan reneh selama 15 minit.

SAMBAL BILIS

Bahan-bahan:

1) 1 labu bawang bombay dihiris
2) 10 biji cili padi
3) 5 biji cili hijau dibelah dua dan buang biji
4) 1/2 genggam ikan bilis
5) 1 sudu teh pati ikan bilis maggi/knorr
6) Garam

Cara:

1) Panaskan minyak dan goreng bahan 1~4 sehingga layu. Toskan
2) Kisar/tumbuk sehingga hancur (jangan lumat).
3) Kemudian masukkan pati ikan bilis dan garam secukup rasa.

Selamat menjamu selera 😀

Asam Cili Hijau

Assalamualaikum

Pembuka selera waktu iftar tadi..
image

Bahan-bahan:

1) 5 biji cili hijau dipotong
2) 50g ikan kurau masin dihiris nipis
3) 1 labu bawang besar dibelah dua dan dihiris nipis
4) 4 biji cili padi dihiris nipis
5) 4 keping asam gelugur (besar) dibasuh supaya lembut sedikit dan dihiris nipis
6) 1/2 cawan minyak

Cara:

1) Panaskan minyak dan masukkan semua bahan 1~5. Goreng sehingga bawang kelihatan garing
2) Kemudian masukkan bahan goreng ke dalam tapis supaya toskan minyak

♡ it 🙂