Khasiat daun ketumbar

Manfaat daun ketumbar sangatlah luas. Ia mengandungi kapasiti yang kuat sebagai anti radang bagi membantu melindungi terhadap jangkitan bakteria salmonella dalam produk makanan. Ia juga boleh membantu gejala artritis, meningkat kadar kolesterol HDL, mengurang LDL, membantu pencernaan, mencegah angin dan kembung perut, menghalang jangkitan pada saluran kencing, mengurang rasa loya dan kekejangan ketika haid, melegakan cirit birit, menggalakkan fungsi hati yang sehat, merangsang imun dan bertindak sebagai ekspektoran.

image

image
Daun ketumbar.
(Ramai yang keliru daun ketumbar dengan daun saderi. Daun ketumbar bau lebih kuat dan unik…)

Daun ketumbar dikatakan juga sangat berkesan untuk menyahkan logam berat seperti merkuri, plumbum, aluminium dan bahan toksik lain yang terdapat di dalam tisu, darah dan organ dalam badan. Keracunan logam berat dalam tubuh menjadi punca ketidakseimbangan hormon, kanser, masalah tiroid, gangguan neurologi, kemurungan dan alahan makanan.

Ketumbar dikatakan makanan penyembuhan dan mempunyai lebih besar kepekatan antioksidan daripada beberapa jenis buahan dan sayuran
image
Saya juga suka buku ini untuk rujukan. Banyak lagi buku tentang herba dalam ruangan koleksi buku kesihatan, boleh klik di situ..

Dos yang disyorkan;
Jumlah dos teh ketumbar bergantung kepada masalah kesihatan yang dirawat. Dos yang lazim disarankan ialah 2 tbsp daun ketumbar segar yang telah di cincang dan di rendam ke dalam 1 cawan air panas selama 10 minit.

Khasiat Belimbing Buluh

Saya suka kukus belimbing buluh dan makan dengan sambal garam atau masak dengan lemak cili padi. Belimbing buluh boleh menambahkan perisa masakan dan dapat menghilangkan rasa hanyir, terutamanya ikan darat (ikan air tawar).

image
(buah belimbing buluh)

Dikatakan belimbing buluh mempunyai khasiat yang tinggi dari segi perubatan dan sering di gunakan dalam perubatan tradisional untuk melembutkan kulit dan menghilangkan jerawat. Caranya; tumbuk lumat dan campur sedikit air, gosok perlahan di muka, biarkan sekejap saja dan bilas dengan air seperti biasa. (saya tak pernah amal petua ni)

image
(Buku ini juga digunakan sebagai sebahagian rujukan)

Dikatakan jus belimbing buluh juga boleh menurunkan tekanan darah tinggi, kencing manis, mengelakkan pitam, mengawal obesiti dan anti radang. Bagi mereka yang menghidapi batuk yang berterusan, dikatakan merebus buah ini dan minum dua kali sehari dapat memberi kelegaan.

Daun belimbing buluh bila di jadikan pes boleh merawat gatal, bengkak, reumatisme dan dikatakan teh daun ini boleh merawat penyakit kelamin.

Buah belimbing buluh mudah rosak, walaupun disimpan di dalam peti sejuk. Boleh di jerukkan dan di buat jem. Bila di jerukkan asid yang terkandung di dalam buah ini akan berkurangan.

Ada berpendapat mereka yang menghidapi angin medu, tidak boleh makan buah belimbing buluh.

Buah ini boleh digunakan untuk menghilangkan kotoran, hmm… sangat menarik!!!

Epsom Salt

image

Garam Epsom adalah sebatian mineral semulajadi, terdiri daripada magnesium dan sulfat yang boleh memberi beberapa manfaat jika menggunakannya dengan cara yang betul.
Garam Epsom seringkali di kenali sebagai penawar untuk beberapa penyakit.
Kajian telah menunjukkan bahawa magnesium dan sulfat, kedua2 mineral ini mudah diserap kedalam kulit. Apabila dilarutkan ke dalam air suam, garam epsom akan meningkatkan tahap magnesium ke dalam badan.
Magnesium memainkan beberapa peranan termasuk mengawal selia aktiviti2 enzim, mengurangkan radang, merehatkan sistem saraf, melegakan sakit anggota badan, mengurangkan ketegangan otot dan dikatakan juga mampu mencegah pengerasan arteri. Manakala sulfat pula di katakan membantu meningkatkan nutrien dan menyahkan toksin.
Cara menggunakan garam epsom ialah dengan berendam didalam bath tub (2 cawan garam epsom + 15 gallon air), sekurang2nya 2 atau 3 kali seminggu selama 12 minit boleh memberi manfaat kepada kesihatan badan, mewujudkan perasaan ‘relax’,melegakan sakit kepala dan ‘stress’ atau larutkan 1/2 cawan garam epsom dengan air suam ke dalam bekas sederhana besar dan rendamkan kaki selama 20 minit untuk melegakan keletihan dan sakit kaki. Jangan sekali kali membiarkan garam pada kulit sebaik saja selesai berendam, pastikan membilas badan dengan air biasa.

Banyak manfaat dengan berendam, wow!!!
Di bulan syawal ni kalau terasa letih melayan tetamu, cuba le, mungkin dapat memberi kelegaan pada tubuh badan. InsyaAllah.
Walaubagaimana pun jika hamil dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan garam epsom.