Halia dan Royal Jelly.

Resepi ini sangat2 mudah. Tidak ramai yang suka makan halia muda. Cuba try resepi ni. Bagus bagi wanita dalam pantang, tapi kalau masih menyusu sebaik2nya elakkan. Kalau banyak angin dalam badan elok sangat le. Telah tulis khasiat halia dalam entri sebelum ni.

image

1 Cili merah, 1 labu bawang besar dan 6 inci halia muda, 1 sudu makan cuka epal dan 1 sudu makan royal jelly. Semua bahan2 dihiris dan gaul bagi sebati. Oops jangan lupa garam secukup rasa. Biarkan 1 jam. Hmm.. I really love it!

image

Khasiat Halia.

Suatu ketika saya pernahlah tanam halia dibelakang rumah. Bila pucuk2 halia ni tumbuh hingga 6 inci, satu pagi datang pak haji memotong rumput dikawasan rumah. Di potongnya juga pucuk2 halia ni dan sehingga kini pokok halia dah terbantut, tak tumbuh lagi.  😦

Saya suka sangat makan halia muda. Selalunya saya akan hiris nipis halia muda, bawang besar dan sedikit cili merah dan masukkan sedikit garam, madu dan cuka epal. Gaul rata dan biarkan selama 30minit dan makan dengan nasi dan ikan bakar atau ikan goreng. Bagi saya itu dah cukup menyelerakan. Halia muda rasanya kurang pedas berbanding dengan halia yang tua/matang.

Halia mengandungi banyak khasiat. Sering digunakan orang yang mengalami masalah angin dalam badan,  melegakan rasa mual dan loya, melancarkan perjalanan darah, membantu proses penghadaman dan masalah kekejangan perut.

Berbagai cara boleh diambil. Halia ditumbuk dan jus boleh dimasukkan kedalam air suam atau dihiris nipis dan campur kedalam minuman teh. Tidak ada kesan sampingan melainkan kalau ambil terlalu banyak akan menyebabkan suhu badan meningkat dan boleh juga berlaku cirit birit.

Sekarang ni susah benar nak dapat halia segar. Kebanyakkan halia yang dijual disupermarket dan dipasar2 malam  direndam dengan air terlebih dahulu. Harga halia ini tak le mahal, sekilo hampir lima ringgit. Ada halia yang berkualiti tinggi dan segar, rasa lebih baik tetapi sangat mahal, sekilo lebih dari duapuluh ringgit. Halia ini memang sangat bermutu.

image
Halia sering dimasukkan kedalam masakkan.

image
Terdapat halia didalam kapsul di jual di Guardian, Vita care, Farmasi dan Himalaya.

Saya sentiasa stok satu atau dua botol halia dirumah kerana saya tahu khasiat halia untuk kesihatan badan. InsyaAllah.

image
Bagi saya buku ni banyak informasi yang sangat menarik untuk kita baca..