Khasiat daun selasih

Selasih adalah herba yang sering digunakan dalam masakan sebagai bahan perisa yang sangat unik dan disamping itu juga selasih memberi beberapa manfaat kesihatan tanpa kesan sampingan. Adalah dipercayai boleh merawat keradangan usus dan sakit2 sendi.

image

Dalam perubatan Ayurveda, selasih digunakan merawat berbagai penyakit biasa dan pakar2 naturopathic menggunakan selasih bagi rawatan kencing manis, gangguan penafasan, alahan dan ketidaksuburan. Selasih mengandungi asid cinnamaniac yang meningkat peredaran darah dan menstabilkan gula dalam darah.Daun Selasih selalu di makan mentah dan ia kaya dengan antioksidan .

Teh selasih (secawan air panas + beberapa helai daun selasih, rendam selama 5 minit, tapis dan masukkan madu dan lemon) diambil untuk melegakan loya kemoterapi dan radiasi. Masukkan segenggam selasih kedalam mangkuk dan ramas2 bagi mengeluarkan minyak dari selasih dan tuang air panas dan biarkan selama 15 minit, untuk digunakan sebagai air mandian yang baik untuk kulit.

Saya suka masak telur dadar + daun selasih

image
Cendawan dihiris nipis dan masukkan kedalam kuali, bila air cendawan dah kering saya masukkan mentega, garam dan lada hitam.

image
Masukkan telur + garam (di pukul sebati) kedalam cendawan.

image
Dua keping keju diletak keatas telur dan tabur daun selasih.

image
Balik balikan. Saya suka makan bersama roti.

Gula.

Benarkah ibu segala penyakit datang dari gula? Tidak? Kalau gula dalam darah terlalu rendah akan memberi musibah pada diri kita. Namun begitu jika berlebihan pun berbahaya juga!

Makanan dan minuman masakini kalau diamati betul2 ternyata kandungan gula sangat tinggi. Bagaimanakah cara yang perlu kita lakukan bagi melindungi anak2, suami dan diri kita dari mengambil gula dengan berlebihan…

Kalau biasa di rumah suka makan dan minum yang manis2 je, cuba kurangkan sedikit demi sedikit. Carilah alternatif, mungkin ganti dengan madu atau pun stevia. Percayalah lama kelamaan  terlalu manis tidak ada dalam kamus hidup!! Kasihlah diri kita dan keluarga demi kebahagian masa depan.

Tiada siapa boleh mengubah cara hidup kita.  Hanya kita! ya kita, yang boleh mengubah dengan izin Allah. Kita hanya ada dua pilihan dalam hidup ini. Yang baik untuk hidup ini dan yang tidak baik.

Percayalah penyakit kencing manis bukanlah penyakit yang boleh dipandang enteng. Ia adalah satu penyakit yang serius. Inilah penyakit yang boleh kita jauhi jika kita mahu. Ada orang mengatakan penyakit kencing manis ini adalah penyakit keturunan. Ye ke? Kalau kita selalu pastikan kadar gula dalam darah sentiasa rendah, macam mana tu? Keputusan di tangan kita. InsyaAllah.

image
Teh ni dimaniskan oleh daun stevia. Saya tidak suka guna daun stevia sebab daun ni berbau. Walaubagaimana pun demi kesihatan, stevia lebih baik dari gula.

image
Daun stevia. Madu pilihan saya!

Stevia mengandungi protein, iron, calcium, phosphorus, potassium, sodium, magnesium, zinc, vitamin A dan C. Stevia tiada kalori dan mampu mengawal gula dalam darah. Boleh menghalang kerosakan gigi dan penyakit gusi. Dikatakan boleh menyembuh berbagai penyakit kulit. Sesuai untuk penghidap kencing manis dan bagi orang2 yang bercita2 nak kuruskan badan!!

Peria Katak ( Bitter Gourd ).

Peria katak adalah sejenis sayuran yang sangat pahit. Jusnya sangat baik bagi penghidap kencing manis. Boleh mengurangkan kadar gula didalam darah.

image

image

Bahan-bahan:

3 biji peria katak (besar) dihiris sederhana nipis
1 sudu besar rempah kari ikan (saya guna jenama adabi)
Garam secukup rasa
Minyak yang banyak untuk menggoreng

Cara:
1) Gaul rata semua bahan dan perap selama 20 minit
2) Panaskan minyak dan goreng peria katak sehingga garing

Peria goreng ini sedap dimakan bersama nasi dan sesuai dihidangkan dengan masakan kari atau kurma.