My favourite side dish.

Ahli pemakanan mengatakan, sayur-sayuran perlu dijadikan sebahagian besar daripada diet harian kita dan salad adalah cara terbaik untuk meningkatkan pengambilan sayur-sayuran. Sayur-sayuran yang berlainan jenis mengandungi gabungan nutrien yang berlainan, jadi makan banyak jenis sayuran salad akan memberi banyak manfaat kepada sel-sel badan dan kesihatan.

Makan salad adalah cara mudah untuk kurangkan kalori. Diet yang tinggi serat ini boleh membantu mengurangkan berat badan, menurunkan paras kolesterol, merawat sembelit dan mencegah daripada pelbagai penyakit seperti masalah jantung dan tekanan darah…

Saya juga suka memasukkan minyak zaitun atau minyak bijan ke dalam hidangan salad kerana ia akan membantu meningkatkan penyerapan nutrien ke dalam tubuh badan dan juga menambahkan rasa sedap pada salad… 🙂

image

image

image

image

image

Bahan-bahan:
1)  4 helai daun Perilla dimayang halus. Daun ini bila dihiris mengeluarkan bau yang agak kuat. Saya suka bau dan rasanya yang unik.
2)  Segenggam  daun Arugula
3)  Segenggam daun Mizuna
4)  8 biji tomato ceri dibelah tiga
5)  1/2 labu bawang besar dipotong kiub
6)  1 tbsp minyak zaitun
7)  1/4 tsp serbuk jintan manis
8)  1 tsp madu dan jus dari 1 biji lemon
9)  1/2 tsp serbuk kasar cili kering, lada hitam dan garam secukup rasa.

Campur bahan 6~9 dan gaul hingga sebati dan kemudian masukkan semua bahan 1~5 dan gaul hingga rata.

Salad ini sesuai dimakan bila-bila masa dan sangat berkhasiat.

Jom kita amal makan salad! 🙂

Salad Parsnip & Ikan Tenggiri Berempah

Dah banyak hari saya beli parsnip dan hari ini barulah saya buat salad parsnip. Asalnya rancang nak masak sup parsnip dengan cendawan enorki. Tapi sebab dah perap ikan tenggiri dengan rempah kari, saya tak jadilah masak sup. Rasanya lagi sedap makan nasi bersama salad parsnip dengan ikan goreng berempah. 🙂

Walaupun bentuk parsnip ni seakan sama seperti carrot, warna dan rasanya sangat berbeza. Ia berbau harum dan sedap dimakan mentah. Parsnip kaya dengan zat nutrien dan serat. Ia membantu mengawal paras gula dalam darah, mengurangkan paras kolesterol, mengurangkan risiko osteoporosis, membantu penghadaman, mencegah dan merawat anemia terutama semasa mengandung.

Salad parsnip dan ikan tenggiri goreng berempah sesuai untuk hidangan makan tengah hari atau dinner 🙂
image

image

image

image

image

Bahan-bahan salad:

1) 1 batang parsnip di sagat kasar. Bahagian tengah dibuang kerana ia bersabut.
2) 1/2 biji tomato dan 1/2 biji lada benggala merah di potong kiub.
3) 1/2 labu bawang besar dihiris nipis.
4) 3 tangkai daun bawang dihiris.
5) Jus 1/2 biji lemon, 1 tbsp minyak bijan dan 1/2 tbsp madu.
6) Lada hitam dan garam secukup rasa.

Campur semua bahan-bahan salad dan gaul bagi rata. Biarkan selama 30 minit dan barulah hidang.

Ikan tenggiri berempah:
1) 2 keping ikan tenggiri di perap dengan 1″ halia yang ditumbuk hancur bersama garam selama 15 minit.
2) Kemudian gaul hingga rata ikan dengan 2tbsp rempah kari ikan dan perap lagi selama 30 minit.
3) Goreng ikan dalam minyak yang sedikit. Semasa menggoreng kecilkan api dan tutup kuali supaya ikan cepat masak.

Jom makan, hmm.. menyelerakan 🙂


Health benefits of parsnip

Salad Madu

Saya namakan resipi ni Salad Madu sebab rasanya hmm… sedap! (sesedap madu sidr)

image
1 tomato + 1 timun + sedikit daun bayam + salad + 2 kacang panjang

image
1tsp madu + 2tbsp minyak zaitun + 1 1/2 tbsp cuka epal + lada hitam + rosemary + garam, di gaul rata + bahan2 yang dipotong

image
Mudah dan berkhasiat.

Jadikan lah salad sebahagian daripada diet harian kerana selain dari vitamin dan mineral, enzim yang terkandung di dalam salad sangat bermanfaat untuk kesihatan badan.