Grapefruit dan Ubat Preskripsi : Bahaya!

Satu kajian yang diterbitkan oleh Canadian Medical Association Journal, bahawa jus grapefruit boleh menimbulkan bahaya dan juga risiko maut bila diambil dengan ubat preskripsi.

Grapefruits mengandungi bahan kimia yang dipanggil furanocoumarins yang boleh menggangu ubat dengan menghapuskan enzim yang memecah ubat sebelum memasuki aliran darah. Ini bermakna lebih banyak dadah terlepas pada sistem pencernaan bagi membolehkan badan untuk mengendalikannya. Ubat-ubat yang mengandungi sedikit kandungan dadah (drug) bila berinteraksi dengan jus grapefruit boleh menyebabkan kadar dadah meningkat sehingga berlebihan. Ini akan menyebabkan kesan sampingan yang berbeza-beza bergantung kepada jenis ubat yang diambil seperti kegagalan buah pinggang, kerosakan otot, pendarahan usus, menyebabkan kadar degupan jantung yang laju, sukar bernafas, pembekuan darah dan kematian secara tiba-tiba.

Atorvastatin yang juga dikenali sebagai lipitor – ubat kolesterol, verapamil dan amiodarone – ubat jantung adalah antara ubat-ubat yang boleh berinteraksi, menyebabkan kesan yang serius apabila diambil dengan grapefruit kerana campuran kedua ini berpotensi menjadi toksik. 1 tablet ubat dengan segelas jus grapefruit boleh menjadi seperti mengambil 5 atau 10 tablet ubat dengan segelas air.

image

image

Bacaan tambahan:

Grapefruit warning

Jadi berhati-hati lah, Sekiranya apabila mengambil sesuatu makanan bersama ubat preskripsi dan badan terasa tidak selesa atau sakit segera lah berjumpa doktor…

Khasiat daun ketumbar

Manfaat daun ketumbar sangatlah luas. Ia mengandungi kapasiti yang kuat sebagai anti radang bagi membantu melindungi terhadap jangkitan bakteria salmonella dalam produk makanan. Ia juga boleh membantu gejala artritis, meningkat kadar kolesterol HDL, mengurang LDL, membantu pencernaan, mencegah angin dan kembung perut, menghalang jangkitan pada saluran kencing, mengurang rasa loya dan kekejangan ketika haid, melegakan cirit birit, menggalakkan fungsi hati yang sehat, merangsang imun dan bertindak sebagai ekspektoran.

image

image
Daun ketumbar.
(Ramai yang keliru daun ketumbar dengan daun saderi. Daun ketumbar bau lebih kuat dan unik…)

Daun ketumbar dikatakan juga sangat berkesan untuk menyahkan logam berat seperti merkuri, plumbum, aluminium dan bahan toksik lain yang terdapat di dalam tisu, darah dan organ dalam badan. Keracunan logam berat dalam tubuh menjadi punca ketidakseimbangan hormon, kanser, masalah tiroid, gangguan neurologi, kemurungan dan alahan makanan.

Ketumbar dikatakan makanan penyembuhan dan mempunyai lebih besar kepekatan antioksidan daripada beberapa jenis buahan dan sayuran
image
Saya juga suka buku ini untuk rujukan. Banyak lagi buku tentang herba dalam ruangan koleksi buku kesihatan, boleh klik di situ..

Dos yang disyorkan;
Jumlah dos teh ketumbar bergantung kepada masalah kesihatan yang dirawat. Dos yang lazim disarankan ialah 2 tbsp daun ketumbar segar yang telah di cincang dan di rendam ke dalam 1 cawan air panas selama 10 minit.

Mengapa dan kenapa

Pernahkah hati tertanya2, kenapa ye,walaupun sering mengambil berbagai2 jenis supplement, namun badan masih rasa sakit, rasa tak cergas, mudah rasa letih dan kadang2 tak bermaya macam tak ada tenaga nak bergerak. Pernah juga saya dengar keluhan hati beberapa wanita, kata mereka, mengapa tiba2 rasa sayu, sedih, moody, rasa nak marah pada pekara yang remeh temeh,tidak dapat mengawal emosi. Mengapa jadi begini?? Di mana silapnya?? Rasa2, apa puncanya?? Entah le bagi saya setiap sesuatu berlaku pasti ada sebab. Rasa macam tak boleh terima (bila doktor sahkan kita tiada penyakit, kita sehat) kalau orang kata ‘ there is nothing wrong with you’ .  Then how come i feel like this!
Percaya kah anda jika saya katakan makanan menpengaruhi rasa dan perasaan dalam badan kita??? Mempengaruhi hormon???
Teringat saya pada satu ketika dulu saya pernah membaca satu kajian ilmiah dilakukan di England. Bagaimana makanan mempengaruhi perwatakan kanak2. Ada jenis2 makanan bila diberi kepada kanak2 membuat mereka jadi moody, hiperaktif dan nakal.

Jadi bagaimanakah kita boleh merungkaikan permasaalahan ini? kalau ye, sekiranya makanan adalah puncanya. Bagaimana kita nak tahu apa yang boleh dimakan dan apa yang tidak boleh?

Menurut seorang doktor di dalam bukunya (dah lupa nama buku tu), kita perlu melakukan detoxification kerana badan yang mengandungi banyak toksik terutama dibahagian hati akan menghalang supplement2 dan makanan yang berkhasiat diserap dengan berkesan ke dalam tubuh badan.

Menurut doktor yang lain pula, kita perlu mencatat di dalam satu buku nota setiap makanan yang dimakan dan perasaan kita, kesan dari makanan itu, pada ketika itu, satu jam kemudian dan dua jam selepas itu dan seterusnya bagi mengenal pasti makanan yang manakah mempegaruhi jiwa dan perasaan kita.

Saya? Emmm…pukul 7.30 pagi saya sarapan. Minum 1/2 cawan nescafe (nak kurangkan kafein), dua keping roti dengan sekaya, 1 sudu teh habbatussaudah yang dicampur royal jelly dan spirulina. Bagaimana perasaan saya selepas makan? ok dah kenyang, mood ok, ada tenaga tapi bagaimanakah selepas 1,2 atau 3 jam nanti. Adakah timbul perasaan sayu, sedih, moody atau masih ceria. Saya kena tuliskan itu semua setiap kali lepas makan dan insyaAllah dalam sebulan saya boleh mengenal pasti makanan yang merupakan punca permasaalahan ini.

Memang ini memerlukan masa dan tenaga tetapi kita kena berusaha, kerana setiap masaalah kalau dibiar lama akhirnya akan menjadi kronik yang sangat sukar untuk dibaikpulih.

Esok insyaAllah kita sambung lagi dengan topik ini dan juga perbincangan yang pernah berlaku diantara saya dengan pelajar universiti.