Seafood Bawang Putih

Assalamualaikum semua.

Resipi hari ini pula adalah untuk peminat-peminat seafood. 😀

Jom try..

image

Bahan-bahan:
1) 6 ekor udang besar dibersihkan. Kulit tidak dibuang tapi dibelah tengah buang urat hitam
2) 6 ekor sotong dibuang kulit dan dibersihkan. Sotong dipotong dua
3) 1 labu bawang putih (13 ulas). Tidak buang kulit dan dibasuh bersih. Diketuk dan dicincang
4) Cili padi dihiris kasar
5) 2 tbsp mentega
6) Serbuk lada putih dan garam secukupnya

Cara:
1) Tumis bawang putih hingga kekuningan
2) Masuk udang dan sotong
3) Bila banyak air udang dan sotong keluar, angkat udang dan sotong
4) Masak air udang sotong hingga pekat
5) Masukkan semula udang dan sotong
6) Masukkan cili padi dan garam. Goreng udang dan sotong sehingga kering.
7) Kemudian masukkan mentega dan kacau rata.
8) Akhir sekali tabur serbuk lada putih dan gaul sebati

Kari Udang Tomato

Salam Jumaat.
Resipi hari ini ialah kari udang tomato berkuah pekat yang saya masak semalam. Menu yang menjadi kegemaran saya sekeluarga.

 

1448873181118

 

Bahan-bahan:
1) 12 ekor udang besar dibuang sebahagian kepala. Belah belakang udang dan buang urat hitam. Bersihkan
2) 8 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih dikisar lumat
3) 1″ halia dimayang halus
4) 1 sudu teh rempah halba campur
5) 4 sudu besar rempah kari ikan adabi dicampur sedikit air dan gaul rata
6) 1 biji besar buah tomato dihiris kiub kecil
7) 1/4 cawan air & garam secukup rasa

Caranya:
1) Tumis halia dan rempah campur hingga kekuningan
2) Masukkan bawang kisar dan masak sehingga bawang kelihatan kuning
3) Masukkan pes kari dan masak hingga terbit minyak dan sedikit gelap
4) Masukkan tomato dan garam secukup rasa.
5) Akhir masukkan udang dan air. Kacau rata dan sehingga udang masak

Sedap, ♡ it 🙂

Udang Berserai

SELERA KASIH 🙂

Udang Berserai pembuka selera.

1448543654970

 

Bahan-bahan:
1) 20 ekor udang segar sederhana besar, buang kulit dan bersihkan
2) Cili merah & cili padi dikisar/tumbuk kasar. Banyak, terpulang pada citarasa pedas
3) 5 ulas bawang merah dihiris nipis
4) 1 biji tomato dihiris kiub
5) 4 helai daun muda limau purut, buang bahagian keras dan mayang halus dan dicincang.
6) 3 batang serai, ambil bahagian lembut, dihiris nipis dan dicincang
7) Jus lemon. Banyak, terpulang pada citarasa masam
8) 2 sudu besar minyak zaitun & garam secukup rasa.

Cara:

1) Masukkan udang ke dalam periuk. Masak sekejap di atas api yang kecil. Kemudian biarkan sejuk
2) Masukkan bahan 2~8 ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati
3) Akhir sekali masukkan udang & air udang ke dalam mangkuk dan gaul rata.

Selamat menjamu selera.