Khasiat Lengkuas

Masakan Melayu banyak menggunakan lengkuas, selain memberi rasa yang unik, lengkuas juga mengharumkan masakan. Seperti juga halia dan kunyit, lengkuas  mempunyai khasiat yang tersendiri, memberi manfaat pada tubuh badan.

image

image

Lengkuas boleh memberi kelegaan pada penghidap penyakit arthritis dan arthritis reumatoid kerana ia mengandungi anti radang, juga membantu mengurangkan ketidakselesaan yang disebabkan radang perut dan ulser. Di samping boleh membendung rasa mual dan loya (kunyah beberapa keping lengkuas segar), ia juga membersih dan meningkatkan peredaran darah. Dikatakan juga boleh merawat cirit birit, menaikkan selera makan dan menghilangkan bau mulut.
Bagi wanita di dalam pantang bersalin, digalakkan mengambil lengkuas kerana ia dikatakan dapat membantu mengeluarkan lebihan angin didalam badan.
Jus lengkuas yang sangat berkhasiat boleh di jadikan sebagai minuman kesihatan.

Tumbok lengkuas hingga hancur dan air perahan lengkuas (1 tsp) dengan secawan air suam2 kuku. kalau tak suka minum begitu, boleh le masukkan madu!!

Selamat mencuba 🙂

Ketika di supermarket….

Setiap kali bila saya ke supermarket, beli barang2 keperluan dapur, ada beberapa perkara yang mesti saya pastikan sebelum saya membeli barang2 ni supaya barang yang dibeli dalam kondisi yang baik bagi mengelakkan pembaziran. Pertama tiap2 barang yang hendak di beli, saya akan melihat tarikh luput dan tarikh di kilangkan. Kalau barang2 tin, pastikan tidak ada sebarang kemek dan karat. Baru ni beli sebotol nescafe, bila dibuka didapati lapisan kertas yang menutup botol ni telah terkoyak seperti ditebuk oleh jari yang tidak bertanggung jawab. Pengajaran untuk saya, kena buka botol2 ni sebelum membeli.
Sebelum ni pernah berlaku, cecair pencuci kain. Ada pelanggan supermarket kadang2 buka botol2 ni, nak hidu wangian pada pencuci kain tu tapi rasanya terlupa nak tutup balik, saya beli dan tak periksa pulak penutup botol tu. Bila saya tiba kerumah, buka boot kereta, pencuci kain melimpah didalam boot kereta dan kesannya banyak barang yang dibeli ketika itu terpaksa dibuang sebab bahan kimia yang terdapat dalam pencuci kain telah meresap masuk kedalam barang makanan walaupun barang2 ini dibungkus dalam plastik berasingan. Lama jugak tak boleh letak barang2 makan seperti sayur, ikan, roti, buah2an kedalam boot kereta. Kesan kimia sangat kuat dan kekal lama menyebabkan makanan bertukar rasa dan bau. Sejak dari itu, bila saya beli pencuci kain, saya pastikan botol2 ni di tutup rapat.

Ada seperkara yang penting perlu dilakukan bila kita beli barang2 makanan dan minunan tin. Sebelum kita masukkan minuman tin kedalam peti sejuk, kita kena membasuhnya dahulu sebab dibimbangi barang2 ni terdedah dan dicemari kencing tikus atau penyakit2 lain. Pastikan juga makanan tin seperti sardin, mushroom, susu pekat dll dicuci dahulu sebelum dibuka. Kesan terdedah kepada kencing tikus memudharatkan kesihatan dan nyawa kita. (barang2 ni biasanya di simpan di gudang2 sebelum diedar untuk dijual boleh dicemari oleh tikus ).

Cara mudah buang sisik ikan

image

Ini adalah alat yang digunakan untuk membuang sisik ikan. Bila saya nak buang sisik ikan (semua jenis ikan) saya tak guna alat ini….saya guna garpu, hahaha sebab lebih mudah dan berkesan. Jika tidak mahu sisik berterbangan, masukkan ikan kedalam beg plastik besar dan buang sisik dari dalam plastik.

Selamat mencuba