Pisang kukus dengan sos durian

Sekarang ni musim durian. Oleh kerana ramai dah buat durian crepe, jadi saya nak share resipi yang sangat-sangat mudah and one of my favourite… 😀

image

image

Bahan-bahan:
1) 3 biji pisang dikukus hingga masak
2) 1 mangkuk kecil isi durian
3) Gula dan garam secukup rasa
4) 1/2 mangkuk kecil air
5) 2 tbsp butter

Masukkan semua bahan 2~5 ke dalam periuk dan masakkan di atas api yang kecil. Dah masak tuang ke atas pisang.

Sedap juga di makan bersama santan segar sejuk yang dimasukkan dengan sedikit garam.

Dehidrasi

Air adalah pilihan yang sihat bagi menghilangkan dahaga dan tubuh kita memerlukan air untuk berfungsi dengan betul dan untuk mengelakkan dehidrasi. Kita memerlukan air supaya darah boleh membawa nutrien keseluruh badan dan menyingkirkan toksin. Jadi berapa banyakkah kita perlu minum dan bagaimanakah untuk mengesan tanda-tanda dehidrasi? Sebenarnya jumlah yang perlu diminum bagi setiap individu untuk mengelakkan dihidrasi adalah berbeza, bergantung pada pelbagai faktor, termasuk saiz dan suhu badan serta seberapa aktif seseorang itu.

Apabila badan tidak mempunyai air yang mencukupi, kita dikatakan menghadapi dehidrasi dan salah satu tanda awal ialah rasa dahaga dan selain itu, air kencing berwarna gelap, tidak membuang air kecil dengan banyak. Dehidrasi juga boleh menyebabkan seseorang itu kekurangan tenaga dan sakit kepala.

Walaupun kita mungkin tidak memerlukan 8 gelas air sehari tetapi terdapat banyak sebab untuk minum air dengan mencukupi bagi menggantikan air yang kurang, yang sering berlaku secara berterusan daripada badan seperti buang air kecil, berpeluh dan lain-lain untuk kepentingan kesihatan.

Sebab-sebab perlu minum air yang mencukupi:
1) Minum air membantu penghadaman, penyerapan, penyelenggaraan suhu badan dan pengangkutan nutrien.
2) Air boleh bantu kawal kalori
3) Air membantu kembalikan tenaga otot. Disyorkan minum air sebelum bersenam bagi menggantikan cecair yang hilang disebabkan oleh kita berpeluh.
4) Buah pinggang memerlukan air yang mencukupi bagi melakukan kerja membersih dan menyahkan toksik dari badan.
5) Air membantu mengekalkan fungsi usus, membantu pencernaan dan mencegah sembelit.

Dehidrasi membuat kulit menjadi kering dan berkedut dan ini boleh dielakkan dengan penghidratan yang betul. Hmm… kalau begitu, nampaknya perlulah minum air yang mencukupi bagi kelihatan awet muda. 😀

Link:

Why drink more water

Rice Rolls

Tengah hari tadi saya buat rice rolls untuk lunch, yang mudah dan berkhasiat… 🙂

image

image

image

Bahan-bahan:

1) Carrot, holland fennel dan timun dipotong kecil-kecil
2) Ikan bilis digoreng dan di ramas hancur
3) Lada hitam, 1 tbsp minyak bijan dan garam
4) Seaweed
5) Semangkuk nasi (1/2 beras pulut dimasak dengan 1/2 beras biasa)

Cara membuat:

1) Bila nasi yang ditanak dah sejuk, masukkan semua bahan-bahan 1~3 dan gaul rata.
2) Letakkan adunan yang telah dicampur keatas kepingan seaweed dan gulung.
3) Akhir sekali bolehlah potong mengikut citarasa.

Oleh kerana saya campur dengan beras biasa rice rolls ini tidaklah padat. Boleh buat rice rolls guna hanya beras pulut, lebih padat dan cantik bila dipotong. Beras pulut yang diguna adalah yang seperti di bawah, bentuknya bulat dan pendek.

image

Selamat mencuba… 😀