Jeruk Cili

Sebentar tadi saya rasa cili jeruk yang saya buat beberapa hari lepas, hmmm…dah pun jadi dan sedap. Sejak kebelakangan ini saya suka sangat makan jeruk 🙂 Makanan yang dijeruk kaya dengan enzim, begitu bermanfaat untuk kesihatan jika dimakan tanpa dimasak kerana ia menggalakkan pertumbuhan bakteria usus serta membantu penghadaman dan penyerapan nutrien pada tubuh badan. InsyaAllah.

Resipi untuk jeruk cili ini sama dengan resipi jeruk kai choy dan kobis bunga cuma kali ini saya guna gula molasses. Gula molasses mengandungi pelbagai mineral dan ia berkhasiat berbanding dengan gula biasa yang tidak ada nutrien kecuali simple carbohydrates. Saya juga guna cuka epal dan bukan cuka biasa kerana cuka epal mengandungi banyak mineral, vitamin, acid dan enzim yang boleh mempertingkatkan kesihatan badan. Kelebihan cuka epal boleh memecahkan pembentukan kolesterol dalam saluran darah, mengawal tekanan darah tinggi, gout dan meningkatkan metabolisme badan serta merawat masalah sembelit.

GULA MOLASSES
image

43 batang cili hijau
image

image

image

JERUK CILI
image

Cili jeruk penambah rasa..
Sedap dimakan bersama kue teow goreng, mee atau meehoon sup dan sebagainya. Rasanya pedas, sedikit manis dan sedikit masin serta masam membuka selera makan 🙂

Okay, selamat mencuba.

Resipi:
Jeruk kai choy dan kobis bunga.

Ayam Kantan & Eryngii Kicap

Bila terpandang pada bunga kantan yang hampir nak kering, terfikir, baik saya goreng saja dengan ayam. Dah lama benar tak masak ayam goreng kerana nak kurangkan makanan berminyak. Masakan ini rasanya bertambah sedap bila dimasukkan bunga kantan dan baunya juga sungguh enak. Ayam goreng ini saya hidangkan bersama masakan cendawan erynggi, mmmm… menaikkan selera makan kami 🙂 Tambahan pula cendawan erynggi ini memang terkenal untuk manfaat perubatan dan kesihatan. Ia sangat kaya dengan nutrien dan boleh membantu meningkatkan kesihatan vaskular, mengurangkan paras kolesterol LDL dan risiko kanser, insyaAllah.

Khasiat cendawan erynggi

Jom cuba resipi ini.

AYAM GORENG KANTAN
image

CENDAWAN ERYNGII MASAK KICAP
image

AYAM GORENG KANTAN
Bahan-bahan:

1) 1/2 ekor ayam kampung digaul dengan kunyit dan garam
2) 1 labu bawang besar dibelah 4
3) 2 kuntum bunga kantan dihiris
4) Beberapa tangkai cili kering dihiris dan dibuang biji
5) Daun bawang

Caranya:
1) Goreng ayam hingga hampir masak dan masukkan bawang besar. Kemudian masukkan bunga kantan dan cili kering.
2) Bila ayam dah nak garing baru masukkan daun bawang.Goreng sekejap saja lepas tu tuangkan masakan ayam ini ke dalam penapis dan toskan.

CENDAWAN ERYNGII MASAK KICAP
Bahan-bahan:
1) 5 cendawan eryngii dihiris
2) 5 ulas bawang putih diketuk dan dicincang
3) 6 tangkai cili kering dihiris
4) 1/2 tsp jintan manis dan serbuk kasar lada hitam
5) Kicap dan garam

Caranya:
1) Tumis bawang putih hingga kekuningan.
2) Masukkan cili kering dan kemudian cendawan eryngii.
3) Bila cendawan dah layu baru masukkan kicap dan jintan manis. Akhir sekali garam secukup rasa.

Selamat menjamu selera. 😉

Acar Limau Nipis

Hari ini nak share resipi acar limau nipis yang saya buat minggu lepas. Acar limau ini perlu dibiarkan selama seminggu atau lebih baru sedap dimakan sebab bila lama, rasa acar akan sebati dan kulit limau akan lebih lembut. Rasa pahit pada kulit limau membuat acar ini ada terasa sedikit rasa pahit, tapi itu yang membuat saya suka dengan acar ini.

Jom tengok resipi acar limau nipis ini. 😉

ACAR LIMAU NIPIS

1449530791830

Bahan-bahan:

1) 8 biji limau nipis di belah 8 (gunakan buah yang berkulit nipis)
2) 1 sudu besar garam
3) 2 sudu teh biji sawi
4) 4 ulas bawang putih dimayang kasar
5) 1″ halia dimayang
6) 1 sudu teh serbuk cili kering
7) 2 sudu teh serbuk jintan manis
8) 2 sudu teh serbuk ketumbar
9) 2 sudu besar cuka epal
10) 3/4 cawan gula molasses atau gula perang
11) 1/2 cawan air

Caranya:

1) Masukkan limau nipis yang telah dihiris 8 ke dalam mangkuk dan tabur garam, gula & cuka epal dan gaul sehingga rata.
2) Panaskan sedikit minyak dan tumis biji sawi sekejap dan masukkan halia, bawang putih, serbuk cili, jintan dan ketumbar sehingga naik bau.
3) Masukkan adunan limau nipis dan air. Kecilkan api dan masak selama 15 minit atau sehingga pekat dan kulit menjadi lembut (tambahkan sedikit air lagi sekiranya perlu lebih masa atas api untuk lembutkan kulit limau)
4) Bila dah sejuk baru masukkan ke dalam botol.
5) Masukkan ke dalam peti sejuk. Biarkan selama seminggu supaya rasa acar menjadi sebati.

Ok, selamat mencuba. 🙂