Salah satu hidangan sayuran untuk berbuka ialah masak bening daun cili padi.
MASAK BENING DAUN CILI.
Bahan cuma: Ikan bilis, bawang putih, cili padi dan serbuk kasar lada hitam. Ditumbuk dan rebus, akhir sekali baru masuk daun cili & garam. Masak sekejap saja. Mudah kan? Dan berkhasiat!
Kalau ada pokok cili di rumah bolehlah cuba masak daun ni. Boleh juga buat masak lemak, sedap juga..
Ok selamat menjamu selera. π
salam kak zanita.
wah masak bening daun cili, menarik ni. selain tu, boleh sy tau khasiat daun cili ni kak zanita?
WaalaikumusSalam Eithusa. Daun cili kaya dengan vitamin dan zat mineral seperti calcium dan potassium. Daun ni boleh di makan mentah atau pun di rendam dgn air panas untuk masalah penghadaman/ senak. Untuk buat tea daun cili cuma perlu 1 tbsp daun cili (hiris nipis baru boleh sukat, hehe..) rendam dlm 1 cawan air panas dan minum selepas makan. Wallahua’lam
Salam. First time dengar daun cili padi bolih dimakan. Apa agak khasiatnye ya?
Date: Wed, 31 Jul 2013 12:49:24 +0000 To: havana54iz@hotmail.com
WaalaikumusSalam. Daun ni kaya dgn vitamin & mineral, dpt memberi manfaat pada kesihatan badan. Good for indigestion. Cubalah Roza, sdap daun ni. π
MasyaAllah,. tak sangka ye byk khasiat daun cili ni.. terima kasih ya kak atas infonya π
Sama2. π