Xanthone

Bila tiba musim durian maka tiba jugalah musim manggis. Kalau durian dikenali sebagai “king of fruit”, manggis pula disebut sebagai “Queen of fruit”.
Kata orang, kalau lepas makan durian, bagus juga makan manggis, sebabnya durian panaskan badan dan manggis pula sejukkan badan, mmm…betul ke?

Buah manggis banyak manfaat terutama kulitnya. Jom baca, apa kelebihan buah manggis ini sehingga jusnya dijual dengan harga yang mahal di pasaran.

image

Terdapat dalam buah manggis sejenis fitonutrien yang kuat iaitu Xanthone. Xanthone dikenali sebagai antioksida yang mampu meneutralkan radikal bebas iaitu penyebab penyakit degeneratif seperti jantung, strok dan kanser. Xanthone boleh memberi kesan positif kepada fungsi badan menjadi lebih sihat. Ia bermanfaat menghalang proses degenerasi sekaligus merangsang regenerasi sel rosak sehingga menjadikan awet muda. Kulit buah manggis mengandungi xanthone 27 kali lebih banyak daripada isi buahnya. Kandungan antioksida dalam kulit manggis 66.7 kali lobak dan 8.3 kali limau.

Dikatakan buah manggis boleh digunakan untuk mengubati buasir, keputihan, tonsil, cirit birit, batuk dan sakit gigi manakala kulitnya pula baik untuk memelihara kesihatan kulit, merawat sembelit, disentri, sakit mulut dan kejang.

Ramuan untuk disentri:
Kulit 2 biji buah manggis dicuci bersih dan dipotong kecil. Kemudian rebus dengan 5 gelas air sehingga baki 2 gelas. Tapis dan sejukkan. Minum 3/4 gelas dua kali sehari. Boleh tambah madu jika suka.

Rujukan:
Ensiklopedia
Herba Nusantara Berkhasiat,
Bukti Ilmiah & Cara Penyediaan.

Menguatkan Penglihatan?

Ketika saya sedang baca buku Perubatan Cara Nabi Pasti Sihat yang diterjemahkan dari karya asal Imam Jalaluddin as-Sayuthi yang berjudul, As-Sayuthi’s Medicine of The Prophet, saya terbaca satu info ringkas yang menarik perhatian saya untuk dikongsi bersama tentang kulit kayu manis.

Kulit kayu manis mengandungi aroma harum yang boleh digunakan bagi mencuci mulut dengan mengulumnya. Jika dilakukan dengan perut kosong, ia baik untuk menguatkan penglihatan.

Dalam buku ini tidak dinyatakan beberapa banyak kulit kayu manis dan air yang diperlukan untuk membuat ‘mouthwash’. Tapi, apa yang pernah saya baca ialah ambil lima batang kulit kayu manis dan reneh dengan 1 cawan air selama 5 minit. Kemudian keluarkan kulit kayu manis dan biarkan air kayu manis sehingga sejuk dan simpan dalam botol. Guna seperti ‘mouthwash’ biasa.

InsyaAllah, nanti saya nak cuba 🙂

image

Kacang Kuda

Hari ini saya nak kongsi info tentang kacang kuda yang sangat digemari ramai…

Ibnu al-Baithar mengatakan Kacang kuda boleh melancarkan haid, mencepatkan pengeluaran susu, menaikkan syahwat dan meningkatkan kualiti/kuantiti air sperma. Manakala menurut Dawud al-Anthaki pula, jika rebusan kacang kuda dimakan sedikit dan diminum airnya dengan ditambah sedikit madu boleh mengembalikan hasrat seksual pada lelaki andropause dan wanita menopause.

Dalam Al-Qanun fi ath-Thibb, Ibnu Sina menegaskan bahawa kacang kuda boleh menaikkan ghairah seksual secara maksima, kerana itu baka jantan binatang biasanya diberi makan dengan kacang ini.
image

Rujukan:
Dr. Khalid Gadd: Ensiklopedia Pengubatan Herba