Keladi

Ubi keladi sememangnya makanan kegemaran ramai namun terdapat juga beberapa jenis keladi yang tidak boleh dimakan. Ada juga jenis keladi yang boleh dimakan tapi perlu tahu cara penyediaannya sebelum dimasak, kalau tidak ia boleh merbahayakan tubuh badan.

Cara memasaknya boleh dipelbagaikan. Selain digoreng atau direbus, keladi sedap juga dibuat pengat dan kuih muih. Manakala daun keladi sering diolah menjadi pelbagai jenis masakan sayur.

Keladi adalah makanan yang baik bagi menggantikan nasi dan gandum kerana ia rendah glisemik indeks. Ia baik untuk merendahkan gula dalam darah. Ia mengandungi banyak serat yang membantu perut berasa cepat kenyang dan ini menjadikan ia baik untuk penurunan berat badan.
Keladi juga mengandungi protein yang cukup tinggi disamping kaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan. Ia mengandungi lebih 17 jenis amino acid yang berbeza, penting untuk mengekalkan kesihatan. Keladi lebih berkhasiat daripada kentang dan tidak mengandungi gluten serta rendah lemak dan tanpa kolesterol.

Manfaat keladi pada kesihatan adalah menurun tekanan darah tinggi, paras gula dalam darah, melindungi penyakit jantung, strok, kanser dan membantu fungsi tiroid.

image

Bagi sesetengah orang keladi boleh menimbulkan alergi di mulut. Kandungan tinggi oxalate dalam ubi keladi boleh memberi kesan pada ginjal dan memudaratkan pesakit buah pinggang.

KARI IKAN UBI KELADI
image
Selain dibuat kuih muih, saya juga suka masukkan ubi keladi ke dalam masakan kari atau masak lemak. Sedap! 🙂

Rujukan:

Nutritional benefits of taro

Taro Root a Super Food for the World

Nurul Asyikin: Data Nutrien Sayuran & Khasiatnya.

Lidah Kucing

Bagi saya bunga lidah kucing nampak lebih cantik dan menarik bila ia banyak dan merimbun. Tanaman ini sering dijadikan sebagai pokok hiasan bagi menceriakan landskap rumah dan taman-taman. Selain dari warna kuning ada juga bunga lidah kucing warna putih, merah jambu, biru dan ungu. Lidah kucing boleh ditanam menggunakan biji ataupun dengan keratan ranting dan ia adalah tumbuhan yang mudah hidup.

Apa yang menarik tentang pokok lidah kucing ini ialah kelebihannya dalam merawat pelbagai jenis penyakit, insyaAllah.

Tumbuhan ini tidak dimakan namun air rebusan seluruh tanaman ini diminum bagi mengatasi masalah bronkitis, kejang otot semasa haid, penghadaman kurang lancar, sakit di dalam dada, perut terlalu berasid, merawat buasir, demam panas dan mencergas otak.

Air rebusan bunga diminum bagi mengatasi sembelit manakala daunnya diminum untuk merawat selsema, sebagai tonik perut dan tonik umum. Ekstrak daun ini pula digunakan untuk merawat gigi.

Bagi merawat kudis dan bisul.
Caranya:
Panaskan daun dan tumbuk lumat serta tampal pada kudis dan bisul.

image

Kafein yang terkandung dalam tumbuhan ini boleh merangsang otak dan sistem saraf.

Rujukan:
Ong Hean Chooi: Tanaman Hiasan
Khasiat Makanan dan Ubatan.

Kembang Putih

As-salamu ‘alaykum wa rahmatullah

Dikatakan seluruh bahagian pokok ini manis rasanya tapi saya sendiri tak pernah try, tak tahu lah manis macam mana..

Menurut buku Tanaman Hiasan Ubatan Di Sekeliling Anda, Karya Siti Fauziah Yusof:
Seluruh bahagian pokok ini kecuali akar boleh digunakan untuk merawat penyakit epilepsi, gangguan fungsi hati, hepatitis A dan kejang pada kanak-kanak.
Menurutnya lagi, cara mengambil adalah:
Pokok kembang putih tanpa akar direbus dengan 3 gelas air sehingga tinggal 1 gelas. Tapi tidak dinyatakan pula sebanyak mana pokok perlu direbus.
Bila air rebusan kembang putih dah sejuk, tapis dan minum dua kali sehari iaitu 1/2 gelas pagi dan 1/2 gelas lagi diwaktu petang.

Walaubagaimanapun, pada pandangan saya, dapatkan nasihat doktor atau mereka yang pakar sebelum mencuba remedi di atas.

image