Radicchio

Semasa saya berada di Korea selama 10 hari, hampir setiap hari saya makan radicchio. Walaupun berbagai jenis salad dihidang tapi radicchio juga pilihan saya.. Bukanlah sedap sangatpun… πŸ™‚ rasanya yang sedikit pahit tapi ia kaya dengan antioksidan dan serat. Radicchio juga mengandungi bahan yang dipanggil inulin yang boleh membantu mengawal paras gula dalam darah.

Susah juga nak jumpa radicchio sebab kebanyakkan supermarket tak jual. Saya beli radicchio ini dipasaraya dekat Bangsar Village. Saya dapati bila ia dibuat salad campur dengan bahan-bahan lain, sedaplah juga dan Β bila saya masak dengan cili jeruk jadi lagilah sedap, hehe…

Jom lah cuba resipi radicchio & cili jeruk.

image
SALAD RADICCHIO
image

RADICCHIO & CILI JERUK, my daughter’s favourite!
image

Bahan:
1) 8 biji cili jeruk dihiris :
2) 4-5 ulas bawang putih diketuk dan dicincang halus
3) Ikan masin kurau dihiris kecil, kuantiti terpulang pada anda
4) Radicchio dihiris, kuantiti terpulang pada anda.

Caranya:
1) Tumis bawang putih dan ikan masin hingga kekuningan.
2) Masukkan cili jeruk potong dan kacau rata.
3) Dah masak, akhir sekali baru masukkan radicchio dan kacau rata.

Okay, have a try. πŸ™‚

Masakan Ayam Herba

Antara menu berbuka hari ini:

AYAM HERBA.
image

Bahan-bahan:
1) 1/2 ekor ayam kampung dipotong kecil, digaul kunyit dan garam
2) 1 labu bawang besar dihiris nipis
3) Kicap & serbuk kasar lada hitam
4) Ulam: daun kesom, daun putat, daun gajus, daun selom, daun kaduk dan daun mengkudu. Terpulanglah nak letak banyak mana..banyak sedap… dihiris besar.
5) 1 kuntum bunga kantan dan 2 helai daun limau purut dihiris nipis

Cara:
1) Goreng ayam sehingga garing dan toskan
2) Tumis bawang dan goreng sehingga kekuningan dan masukkan ayam goreng
3) Besarkan api dan masukkan daun2 ulam, kicap dan lada hitam.
4) Bila masakan ini hampir kering, padamkan api.

Masakan ini memang sedap, begitu menyelerakan terutama bila makan dengan nasi panas!!

Ok, Selamat mencuba. πŸ™‚