Jeruk Goreng

Hari ini, untuk makan tengahari saya goreng sayur kimchi campur dengan jeruk kai choy. Walaupun simple dan mudah tapi ternyata memenuhi citarasa keluarga saya….. sedap dan menyelerakan terutama jika makan dengan nasi. 😉

Simple dan mudah kerana kimchi dan jeruk kai choy yang saya buat sebelum ini memang tersedia ada dalam fridge. Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, kimchi dan jeruk kai choy memang sedap dan berkhasiat dimakan begitu saja. Tapi kadang-kadang tu, saya suka juga variasikan kimchi dan jeruk sebagai masakan panas.

KIMCHI & JERUK KAI CHOY GORENG.
image

Saya tumis banyak bawang putih hingga kekuningan. Kemudian masukkan 1 biji telur + secubit garam, yang telah dipukul kembang ke dalam tumisan bawang putih. Kacau laju supaya telur berkecai dan bila hampir nak kering baru saya masukkan kimchi & jeruk sayur yang telah dihiris. Goreng sayur hingga hampir nak kering baru padam api.

Ok, dah pun selesai, mudah kan? 🙂

Masak Lemak Kimchi

Mungkin orang korea terkejut tengok masakan saya ini, tapi bagi saya, masak lemak kimchi memang sungguh sedap, best 🙂

MASAK LEMAK KIMCHI
image

image
saya cuma perlukan didihkan air, masukkan sedikit serbuk kunyit, beberapa ekor udang besar, santan dan kimchi. Akhir sekali garam secukup rasa. Saya prefer kuah masakan ini pekat sedikit.

Entah-entah kalau orang korea cuba masakan ini, mungkin mereka suka kot, hehehe…


Cara membuat kimchi

Endive

Endive adalah veggie yang rasanya sedikit pahit. Ia boleh dimasak, dibuat salad atau dimakan seperti ulam. Endive sangat rendah kalori dan kaya dengan zat mineral dan vitamin, terutamanya vitamin folat, A dan K serta tinggi dengan serat. Ia juga boleh membantu penghadaman, membantu menghalang penyerapan kolesterol ke dalam aliran darah dan juga membantu dengan penyingkiran toksin dari saluran penghadaman.

BELGIAN ENDIVE
image

image

image

SALAD ENDIVE & HERBA CHERVIL
image

1) Hiris 2 kuntum endive nipis
2) 1 tbsp minyak bijan
3) jus lemon
4) Herba Chervil dihiris dan garam secukup rasa.
Gaul semua bahan dan biarkan selama 30 minit sebelum dihidang supaya rasa pada salad ini sebati
Bagi saya salad ini memang sedap. Walaupun tidak banyak bahan yang saya gunakan untuk membuat salad ini. Rasa pahitnya tidak terasa….. Entahlah mungkin kerana jus lemon atau pun chervil yang menambah rasa dan membuat salad ini sangat enak dimakan. 🙂

http://endive.com/healthy-eating