Hummus

Ini kali pertama saya cuba membuat hummus. Hummus ini adalah menu wajib setiap kali kami sekeluarga makan di restoran Arab. Senang je nak buat ni sebenarnya. Saya ambil resipi dari internet, tapi saya olah sedikit mengikut citarasa sendiri

image

image

Bahan-bahan:

1) 1 mangkuk kacang kuda
2) 2 tbsp bijan
3) 1/2~3/4 biji lemon
4) 1/3 cawan minyak bijan
5) 2/3 cawan minyak zaitun
6) Garam secukup rasa

Cara-caranya:

1) kacang kuda direndam semalaman.
2) Rebus kacang kuda + garam, sehingga empuk
3) Bijan digoreng tanpa minyak hingga kekuningan dan tumbuk hingga lumat dan masukkan sedikit minyak bijan
4) Campur kacang kuda, bijan yang telah ditumbuk, air perahan lemon, garam, minyak zaitun dan minyak bijan dan kisar hingga lumat.
5) Sekiranya adunan hummus masih pekat, tambahkan minyak zaitun.

Hmm… not bad!! 😉
Hummus ini sedap dimakan bersama roti pitta atau salad.

Selamat mencuba!

Nutritional Yeast dalam Masakan.

Terdapat beberapa bahan berkhasiat yang bila diambil begitu saja memang tak lalu! Contohnya seperti nutritional yeast, marmite, minyak zaitun, minyak bijan, cuka epal, rumpai laut dan lain-lain. Jadi apa yang selalu saya buat ialah memasukkan bahan-bahan ni ke dalam masakan harian supaya ia menjadikan masakan saya sedap dan berkhasiat

Contohnya baru-baru ini, saya tambahkan nutritional yeast lebih kurang 2 sudu besar ke dalam sup ikan. Nutritional yeast merupakan sejenis supplement yang mengandungi vitamin B, amino acid, folic acid dan mineral. saya ada menulis mengenai nutritional yeast dalam entri lepas.

image

Selain dari nutritional yeast, saya juga masukkan rumpai laut, wakame. Sebelum hidang, masukkan lada sulah dan tuangkan sedikit minyak zaitun.

image

image

Kalau sesiapa rancang nak turunkan berat badan, sup ni memang sesuai sangat di masukkan dalam diet ‘kuruskan badan’ dan makan tanpa nasi 😉

Baked Glutinous Rice in Green Pepper

Saya baked glutinous rice in green pepper untuk makan tengah hari. Guna beras pulut yang sama yang saya buat untuk rice rolls…

image

image

image

image

image

Panaskan Oven pada suhu 170°C
Bahan-bahan:

1) 1 biji tomato, 5 mushroom segar, 1/2 biji zucchini, dan 1/2 biji terung. Semua dipotong kecil-kecil.
2) 3 ekor udang besar dan daun bawang dipotong kasar.
3) 5 ulas bawang putih dihiris nipis, lada hitam, 1 tbsp minyak bijan dan garam secukup rasa.
4) 1 mangkuk pulut yang dah masak dan telah sejuk
5) 3 biji green pepper, potong bahagian atas dan buang biji.

Cara membuat:
A) Tumis bawang putih dengan sedikit minyak hingga kuning dan masukkan bahan (1). Besarkan api supaya bahan2 tu kering. Berhati-hati jangan leka, nanti hangit. 🙂
B) Masukkan lada hitam dan garam secukup rasa
C) Bila bahan yang dimasak dah sejuk, masukkan je dalam mangkuk besar dan kemudian masukkan pulut, udang, daun bawang dan minyak bijan. Gaul rata.
D) Masukkan bahan (C) ke dalam green pepper dan bakar selama 40~50 minit.

image

image
(Terung bakar mengambil masa yang lama sikit untuk masak dan lembut)

Baki adunan pulut saya masukkan kedalam tomato dan terung…

Sedap makan dengan sambal tumis udang atau sambal tumis ikan bilis..

Selamat mencuba. 🙂