Daging Goreng Lada Hitam

For my reference..

image

Bahan-bahan:

1) 350g daging lembut/batang pinang dihiris nipis
2) Serbuk kunyit dan garam
3) 1 labu bawang besar dibelah lapan
4) 5 ulas bawang putih berkulit dibersih dan diketuk
5) 2 sudu besar minyak sapi
6) Cili padi
7) 1 sudu teh biji lada hitam

Cara:

1) Gaul daging dengan kunyit dan garam
2) Panaskan 1 cawan minyak dan masukkan daging, bawang besar dan bawang putih
3) Goreng sehingga hampir garing dan masukkan minyak sapi, cili padi dan lada hitam
4) Goreng sekejap dan kemudian tuangkan daging ke dalam penapis dan toskan

Bihun Goreng

“Macammana nak buat bihun goreng macam yang mama buat ni?” anak saya tanya

Haaa ini jawapannya 🙂

image

Bahan-bahan:

1) 1 paket bihun (bihun cap jasmine)
2) 350g daging lembut/batang pinang
3) 12 ulas bawang putih
4) 8 cili merah, buang biji
5) Cili padi
6) 1 mangkuk besar sayur sawi yang telah dipotong. Asingkan batang dan daun
7) Garam

Cara:

1) Bihun direndam dengan air panas mendidih selama 1 minit dan toskan. Kemudian siram dengan air dan toskan
2) Daging dihiris kecil dan nipis
3) Cili dan bawang putih ditumbuk/kisar sehingga hancur, jangan lumat
4) Tumis bahan yang ditumbuk/kisar sehingga masak dan bau harum
5) Masukkan daging dan kacau sehingga masak.
6) Masukkan batang sawi dan masak sehingga hampir lembut
7) Masukkan daun sawi dan garam secukup rasa, gaul sebati
8) Akhir sekali masukkan bihun. Kacau sehingga rata..

Sup Selada Air

Assalamualaikum

Hidangan sihat pagi ini sesuai dimakan bersama roti.

Jom baca tentang khasiat selada air

image

image

Bahan-bahan:

1) 100g sayur selada air. Ambil bahagian daun dan batang halus sahaja.
2) 3 1/2 cawan air
3) 50g mentega
4) 1/2 cawan santan pekat/ santan kotak kara
5) 2 tbsp tepung gandum dikacau dengan sedikit air (lebihkan tepung sekiranya suka sup pekat)
6) Serbuk kasar lada hitam
7) Garam secukup rasa

Cara:

1) Masukkan selada air dan mentega ke dalam periuk dan masak sehingga selada air lembut. Padamkan api
2) Masukkan 1 cawan air dan selada air ke dalam pengisar. Kisar sehingga lumat
3) Masukkan bahan yang dikisar kedalam periuk semula dan tambah baki air dan masak sehingga mendidih
4) Kecilkan api dan reneh selama 15~20 minit
5) Masukkan santan, lada hitam dan garam secukup rasa
6) Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum. Mendidih sekejap bolehlah padam api

Selamat mencuba