Ikan tenggiri ketumbar

Daun ketumbar adalah herba kegemaran saya samada dimakan sebagai ulam atau dimasukkan ke dalam masakan. Boleh dikatakan hampir setiap minggu, saya beli daun ketumbar ini kerana bagi saya daun ni sangat sedap disamping banyak khasiatnya seperti meningkatkan sistem imun dan menggalakkan fungsi hati yang sihat.

Sebelum saya ada blog, saya tak pernah terfikir nak memberi nama kepada masakan saya. Sekarang setiap kali saya nak pos resipi dalam blog ini, saya terpaksa memikir nama yang sesuai untuk resipi saya sebab tahu  sajelah, resipi yang simple takkan nak beri nama yang canggih pulak kan hehehe..

Resipi kali ini diberi nama ikan tenggiri ketumbar, tak unik langsung, haha..

 

1448540178830

Bahan-bahan:

1) 1 keping ikan tenggiri dipotong empat. Gaul garam dan sedikit serbuk jintan manis secukup rasa
2) 2 pokok daun ketumbar dihiris, batang yang keras dibuang
3) 4 biji tomato ceri dihiris nipis
4) 1/2 biji lemon. Kurangkan kalau tak suka masam
5) 1/2 sudu teh serbuk kasar cili kering
6) 3 ulas bawang merah dihiris nipis
7) 1/3 sudu teh jintan manis, sedikit madu dan garam secukupnya.

Caranya:
1) Goreng ikan seperti biasa dan toskan
2) Bahan 2~7 dicampur dan digaul sehingga rata dan masukkan ikan. Perap selama 15~20 minit baru dihidang. Semasa diperap sekali sekala gaulkan ikan supaya sebati dengan rencah daun ketumbar.

Ok, Selamat menjamu selera. 🙂

Bebola ikan

Dah pun selesai buat bebola ikan. Lepas maghrib nanti baru nak masak – sup bebola ikan – untuk dinner nanti. Bebola ikan ini senang saja nak buatnya. Anyway jom tengok gambar-gambar saya buat bebola ikan.   🙂

image

image

image

image

Bahan-bahan:

1) 2 keping ikan tengiri
2) 1 tbsp tepung jagung
3) Garam secukup rasa

Caranya:

1) Buang kulit ikan dan tumbuk isi ikan hingga hancur
2) Uli isi ikan selama 10~15 minit dan masukkan garam
3) Masukkan tepung jagung dan uli lagi
4) Bentukkan adunan bulat-bulat dan masukkan kedalam air yang mendidih
5) Bebola ikan akan timbul bila dah masak, bolehlah angkat keluar dari periuk. Air rebusan saya akan guna untuk nak buat sup nanti.

Bebola ikan ini tidaklah sama rasanya seperti yang dijual di kedai sebab ia hampir 100% isi ikan.
Yang pasti bebola ikan ini sangat baik untuk kesihatan badan.
Selamat mencuba 🙂

Sup Timun

Saya baru je selesai masak sup timun. Ramai gemar makan sup timun ala2 sejuk. Saya suka ala2 panas dan dimakan bersama roti yang disapu butter. Trust me, hmm taste so good! Hahaha…

Bahan-bahan & caranya:

1) Timun 1, 1/2 labu siam dan 3 ulas bawang putih
2) Sekeping ikan tenggiri

image
3) Saya kukus semua untuk 20 minit dan biarkan sejuk.

image
4) Masuk 3 1/2 cawan air dan kisar hingga halus

image
5) Masak hingga mendidih dan masukkan 2 sudu makan minyak zaitun, 1 sudu makan nutritional yeast ( dalam entri sebelum ini saya ada tulis tentang nutritional yeast ), 1 sudu makan cuka epal, lada hitam dan garam secukup rasa.

6) Masuk 1/2 cawan santan.

image
7) Labu siam dipotong kiub. Labu kukus bila dah sejuk kena buang kulit sebab kulit keras, senang, tarik je kulit tu!

image
8) Masuk labu dalam sup timun kalau suka dan biarkan atas api sekejap saja.

“selamat menjamu selera”