Tenggiri Buah Keras

Untuk hidangan makan malam hari ini, saya masak ikan tenggiri dengan buah keras. Saya masukkan banyak buah keras sebagai penambah rasa pada kuah.

Jom tengok resipi.

1449059259669

 

Bahan-bahan:
2 keping ikan tenggiri

1) 15 tangkai cili kering, dihiris dan rendam air panas
2) 6 biji buah keras
3) 5 ulas bawang merah
4) 3 ulas bawang putih
5) 1 batang serai diketuk
6) 1 sudu teh penuh serbuk ketumbar
7) 1/4 sudu teh serbuk jintan putih
8) 1/4 sudu teh serbuk kunyit
9) 1 1/2 cawan santan segar atau 1/2 cawan santan kotak kara campur dengan 1 cawan air
10) 1 biji tomato dibelah empat dan sedikit air asam jawa.

Caranya:

1) Kisar cili kering, buah keras, bawang merah dan bawang putih sehingga lumat
2) Masukkan serbuk ketumbar, jintan putih dan serbuk kunyit ke dalam bahan yang dikisar dan kacau sehingga rata
3) Panaskan minyak dan tumis bahan campuran kisar dan serai sehingga terbit minyak
4) Masukkan ikan, buah tomato, air asam jawa dan santan. Kacau sehingga rata dan masukkan garam secukup rasa
5) Didihkan kuah sehingga ikan masak

Mmm…smells so good! 🙂

Advertisements

Tenggiri Masam Manis

Assalamualaikum..

Resipi hari ini cukup mudah penyediaannya. Saya guna ikan tenggiri, boleh juga guna ikan lain seperti ikan bawal atau ikan kembung. Tapi rasanya ikan tenggiri lebih enak, anyway terpulang pada citarasa 🙂

Jom tengok resipi..

1448538242915

 

Bahan-bahan:

1) 3 keping ikan tenggiri dilumur garam dan goreng. Toskan
2) 3 labu bawang besar di belah 8 setiap satu
3) 4 ulas bawang putih diketuk dan dicincang
4) Cili padi dihiris
5) 4 sudu besar sos tomato
6) 2 sudu besar sos cili
7) 2 sudu besar sos tiram
8) 2 sudu besar air

Caranya:

1) Bahan 5~8 dicampur dan dikacau rata
2) Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan.
3) Masukkan cili padi dan bahan sos 5~8
4) Masak sekejap atas api dan akhir sekali masukkan ikan. Kacau rata.

Sedia dihidangkan..

Tenggiri Rosemary & Senangin Asam Paya

Untuk dinner semalam, saya hidangkan masak lemak ikan senangin daun asam paya dan ikan tenggiri goreng rosemary. Daun asam paya memang sedap kerana rasanya yang sedikit masam sesuai untuk masakan ini. Pucuk muda asam paya segar boleh juga dibuat ulam tapi bagi saya kalau dicelur sekejap, lagi sedap dimakan dengan sambal. Namun malam semalam saya cuma sediakan salad jeruk kai choy kerana ia lebih sesuai…

image

MASAK LEMAK SENANGIN ASAM PAYA
image

JERUK KAI CHOY
image

SALAD JERUK KAI CHOY
image
Salad jeruk kai choy mudah disediakan. Saya cuma perah jeruk kai choy dan hiris. Kemudian campur 1 labu bawang besar, cili padi , segenggam daun kesom, yang semuanya juga dihiris. Lepas itu masukkan pula lada hitam dan 1 tsp minyak bijan. Gaul semuanya sehingga rata. Biarkan 30 minit sebelum dihidang.

IKAN TENGGIRI ROSEMARY
image
Untuk masakan ikan tenggiri rosemary, saya tumbuk 1 tsp rosemary dan 4 ulas bawang putih dengan garam. Kemudian lumur pada ikan dan perap selama sejam. Panaskan sedikit minyak dan goreng di atas api yang kecil.

Mmmmm… lazatnya & menyelerakan. 🙂