Cilantro: you love it or you hate it.

I present to you my favourite herb, cilantro (daun ketumbar). Many people truly dislike cilantro – claiming the smell is too strong and it tastes of soap and worse. Personally, I love cilantro and can’t get enough of it. 🙂

image

AYAM KUKUS & SOS CILANTRO

image

image
CILANTRO SALAD / SALAD DAUN KETUMBAR
image

image

image

image

image

image

RESIPI AYAM KUKUS & SOS CILANTRO
Bahan-bahan:

1) 4 ketul dada ayam kampung dilumur dengan lada hitam dan garam. Diperap selama sejam dan kukus hingga masak

Sos Cilantro:
1) 1 ikat daun ketumbar
2) 1/2 cawan yoghurt
3) 1/3 minyak zaitun
4) 3 ulas bawang putih dihiris
5) Jus limau kasturi (5 biji) atau jus lemon dan garam secukup rasa

Caranya:
1) Masukkan ketumbar yang telah dihiris, yoghurt, bawang putih & jus limau kasturi ke dalam blender. Kisar hingga lumat
2) Masukkan minyak zaitun sedikit dan kisar dan buat begitu hingga minyak zaitun habis.
3) Simpan sos cilantro dalam peti sejuk selama sejam supaya ia sebati.
4) Tuang sos ke atas ayam dan hidang bersama tomato dan zucchini segar yang diparut.

Makan sayur-sayuran atau ulam segar adalah diet yang sihat. Secara peribadi saya suka salad yang simple dan mudah. Bahan asas yang sering saya masukkan ke dalam salad herba ialah minyak zaitun, jus lemon, lada hitam, bawang dan madu. Ada ketika saya juga masukkan cili padi dan yoghurt ke dalam salad.

Jom baca khasiat ketumbar

Khasiat Selada Air/Watercress

Pokok herba selada air atau lebih dikenali sebagai watercress boleh ditanam secara benih atau keratan batang. Ia mudah dan cepat tumbuh. Oleh kerana ia bersifat diuretik, sup selada air diminum sebagai tonik untuk melawaskan buang air kecil dan air besar.

Menurut:

1) Heinerman’s Encyclopedia of Healing Herbs & Spices:

Sup selada air adalah satu remedi yang paling popular dikalangan masyarakat cina di Hong Kong dan Canton untuk merawat ulser dilidah dan bibir, lepuh (blister) dalam mulut, bengkak gusi, kerosakan gigi, nafas berbau, melegakan sakit kepala, penyakit kulit dan ‘hot flashes’.

2) Bartram’s Encyclopedia of Herbal Medicine:

Masyarakat Parsi purba memberikan selada air kepada anak-anak mereka untuk pembangunan fizikal badan. Selada air juga digunakan untuk penyakit pundi kencing dan buah pinggang, batu karang buah pinggang, sakit sendi kronik, gangguan metabolik, letusan kulit (skin eruptions) dan anaemia.

Penyediaan:
Jus segar: 1-2 tsp, tiga kali setiap hari.
Selada air mengandungi 4 kali lebih vitamin C dari salad (lettuce) dan kalsium lebih daripada susu (whole milk). Ia merupakan salah satu sumber terkaya Vitamin A dan serat.

image
Selada air boleh juga digoreng akan tetapi daun & batangnya yang tua tidak sedap dimakan kerana mengandungi banyak sabut.

SALAD SELADA AIR & PARSNIP

Pagi tadi saya buat salad selada air dengan parsnip. Saya pernah menulis tentang khasiat parsnip dalam post yang terdahulu.Khasiat Parsnip
image

image

Bahan-bahan:
1) Segenggam selada air, ambil daun dan batang yang lembut saja
2) 1 batang parsnip di parut/ dimayang
3) 2″ halia muda dimayang
4) 1/2 labu bawang besar dihiris nipis
5) Sedikit cili padi dihiris nipis
6) Jus lemon
7) 1 tbsp minyak zaitun & 1tsp madu
8) Garam secukup rasa.

Caranya:
1) Bahan 1 ~ 5 dicampur dan gaul rata.
2) Kemudian masukkan bahan 6 ~ 8 ke dalam mangkuk kecil dan kacau hingga sebati dan tuang ke dalam mangkuk selada air. Gaul sehingga rata.

Selamat menjamu selera. 🙂

Ref:
1) Bartram’s Encyclopedia of Herbal Medicine.
2) Heinerman’s Encyclopedia of Healing Herbs & Spices