Cambah benih (Sprouting) – 2

Ini adalah hasil cambah benih.
image
Saya cambah 3 jenis benih, 5 hari lepas kacang hijau, dua hari kemudian detox mix dan keesokkan harinya pula protein mix

image
Kita boleh dapat semangkuk besar taugeh dengan hanya 2tbsp kacang hijau hehe..

image
Tak lama lagi bolehlah makan detox mix dan protein mix pula, insyaAllah 😀
image
Tadi rendam 3 lagi jenis benih, brokoli, alfalfa dan kacang hijau. Suami lebih suka taugeh, nampaknya kenalah masak taugeh selalu..

image
Hmm… cambah benih nampaknya dah jadi hobi baru saya, dan hasilnya boleh memberi banyak manfaat pada saya dan keluarga. InsyaAllah
😀

image
Sebenarnya saya dan suami memang suka sangat makan taugeh tapi saya dah lama tak beli. Kini makan taugeh organik, cambah sendiri pulak tu. Best jugak hehe…

image
Plan nak masak sup taugeh ikut resipi korea, hmm…bijan dan minyak bijan dah habis jadi buat sup biasa je la. Saya masukkan 3 cawan air + ikan bilis, rebus. Keluarkan ikan bilis ( saya biarkan je ikan bilis dalam sup ), kemudian masukkan 1 labu bawang besar dipotong kiub, 3 ulas bawang putih di ketuk dan serbuk lada putih secukup rasa serta kicap. Masukkan taugeh, 1 tbsp minyak zaitun dan garam. Resipi korea kalau masak sup taugeh, dimasak atas api selama 25 minit. Jadi tadi saya pun biarkan lama atas api. 😀

Hari ini suami balik makan tengah hari di rumah. Kami makan sup taugeh. Hahaha…

Cara nak cambah benih boleh klik disini.

Sup Herba dan buah Pear

Sup herba ini sangat mudah dimasak. Bila 6 cawan air dah menggelegak masukkan semua bahan dan masak diatas api yang kecil selama 1 jam 30 minit.

image
White fungus, kurma merah, goji dan halia kering

image
Buah pear

image
Buah pear dipotong kiub dan white fungus direndam terlebih dahulu, bila dah kembang, hiris kecil.

image
Satu sudu makan oats dicampur dengan bahan diatas.

Sup herba ini sebagai tonik untuk badan sesuai diminum ketika cuaca terasa sangat panas. Khasiat halia, goji dan kurma merah telah ditulis di dalam entri sebelum ini. Buah pear cina menambah rasa dan oleh kerana saya cuma masukkan sebiji je, jadi manis tu kurang dirasai pada sup ini. Buah pear mengandungi vit A,B1, B2, C, E, asid folik dan niasin. Ia juga kaya dengan zat mineral. Jus buah ini dikatakan boleh mencegah tekanan darah tinggi dan strok, Mengatasi kahak, meningkat sistem imun, merawat sakit tekak, dapat menurun suhu panas pada badan ketika demam dan juga jus pear boleh menambah tenaga dengan segera.

image
Kalau suka manis masukkan madu sebab sup herba ini sememangnya sangat kurang manisnya. 🙂