Diet berlebihan garam punca kanser?

Kita sedia maklum bahawa berat badan berlebihan dan obesiti, ketidakaktifan fizikal dan pemakanan yang tidak sihat boleh menyumbang kepada risiko penyakit kanser. Kini dikatakan diet yang tinggi kandungan garam pun boleh menggandakan risiko untuk mendapat kanser perut. Kajian telah menunjukkan pengambilan garam yang tinggi boleh merosakkan lapisan perut. Ini merupakan salah satu sebab mengapa garam boleh meningkatkan risiko penyakit kanser perut.

Menurut World Cancer Research Fund (WCRF), mengurangkan makan makanan masin boleh mengurangkan risiko mendapat kanser perut.
Penyelidik kanser UK, Lucy Boyd berkata: “Kajian mengesahkan laporan yang diterbitkan dari penyelidikan kanser UK baru-baru ini, yang telah menunjukkan bahawa terlalu banyak garam juga menyumbang dengan ketara kepada bilangan orang yang mendapat kanser perut di UK”.

image

Pengambilan terlalu banyak garam dalam makanan bukan sahaja memberi kesan negatif kepada tekanan darah, penyakit jantung, strok serta penyakit buah pinggang tetapi nampaknya ia juga boleh meningkatkan risiko penyakit kanser perut.

Menurut seorang Professor, “Walaupun pengambilan garam dikurangkan hanya sedikit, namun ia akan memberi manfaat yang besar pada kesihatan”.

Akhir kata, ingatlah bahawa diet yang sihat adalah sangat penting!

Cheezy Apple-Pear Rolled Crepe

Hari ni saya buat cheezy apple-pear rolled crepe kerana nak habiskan buah yang banyak.Yelah kadang-kadang tak larat juga nak makan buah gitu je… 😀

image

image

image

image

image

Panaskan oven 190°C
Bahan-bahan:

1) 1 epal dihiris nipis
2) 1 pear dihiris nipis
3) 2/3 cawan cheddar cheese
4) 5 tbsp soft cheese
5) 1 cawan susu segar
6) 5 tbsp tepung gandum
7) 3 tbsp butter
8) 2 biji telur dan garam secukup rasa

Cara-caranya:
1) Epal dan Pear dibakar selama 15 minit.
2) Panaskan susu dan butter. Tutup api.
3) Tuangkan adunan susu ke dalam mangkuk.
4) Masukkan semua cheese dan kacau sehingga rata dan kemudian masukkan telur yang telah dipukul terlebih dahulu.
6) Masukkan buah, tepung dan garam. Gaul dan masak seperti kuih dadar
7) Gulung mengikut kreativiti. 😀

Dah siap dan boleh dimakan

Best served with honey.

Nasi Kerabu Petai

Pagi tadi pergi pasar tani beli petai. Dah banyak hari merancang nak goreng  nasi kerabu petai ni..   🙂

image

image

image

Bahan-bahan:

1) 3 papan petai, dihiris kasar
2) 2 batang bunga kantan, dihiris nipis
3) 3 batang serai, dihiris nipis
4) 10 ulas bawang putih
5) cili padi, ikut citarasa pedas
6) segenggam ikan bilis
7) Garam secukup rasa

Hari ni saya rajin sikit, tumbuk ikan bilis, cili padi dan bawang putih. Biasanya kisar je hehe..
Tumis bahan yang ditumbuk hingga kuning dan kelihatan garing dan kemudian masukkan petai, bunga kantan dan serai dan kacau bagi rata. Akhir sekali masukkan nasi dan garam secukup rasa. Goreng lah macam biasa..

Sedap ke? Hmm… bagi saya sedap… 😀