Acar Ikan Masin

Acar ikan masin ini saya sediakan untuk bulan ramadan yang bakal menjelang. Ye lah, Kadang-kadang tu tak ada selera nak bersahur. Bagi saya dengan adanya acar ini akan menambahkan selera makan kerana rasanya yang masam-masam masin. Memang best!

Jom tengok resipi acar ikan masin.

Acar ikan masin

1449531893330

1449531971097

 

Bahan-bahan:
1) 3 biji lemon dibuang kulit kuning, di belah 4 dan hiris tidak terlalu nipis
2) 3/4 cawan molases/gula merah
3) 1 mangkuk halia muda yang telah dihiris
4) 1 mangkuk ikan masin kurau di hiris kecil, digoreng hingga kekuningan dan toskan.
5) 2 sudu teh biji sawi
6) 5 ulas bawang putih dihiris kasar
7) 1 sudu besar serbuk ketumbar (saya guna 2 sudu besar biji ketumbar)
8) 2 sudu teh serbuk jintan manis
9) 4 sudu besar serbuk cili kering.
10) 2 sudu besar cuka epal.
11) 3/4 cawan air.

Cara membuat:
1) Hirisan lemon dibuang biji, ramas dan buang sedikit jusnya supaya acar ini tidak terlalu masam.
2) Masukkan molasses/ gula merah ke dalam hirisan lemon dan gaul sehingga rata.
3) Tumis bawang putih, biji sawi dan biji ketumbar hingga kekuningan
4) Masukkan sedikit air ke dalam mangkuk berisi cili kering, serbuk jintan manis dan (serbuk ketumbar, jika tidak menggunakan biji ketumbar) dan masukkan ke dalam tumisan bawang putih.
5) Bila rempah dah masak masukkan air dan cuka epal, biarkan sehingga mendidih.
6) Kemudian masukkan kulit lemon, halia dan akhir sekali ikan masin kurau. Masak sekejap saja dan padam api dapur.
7) Masa ini kuah akan kelihatan cair, bila dah sejuk kuah akan jadi pekat. InsyaAllah.

Ok, selamat mencuba. 🙂

Kimchi & Jeruk.

Pagi tadi mak dan adik saya bertolak pulang ke Alor Setar setelah berada di rumah saya lebih dari 2 minggu dan beberapa hari lepas kami sama-sama buat kimchi. Banyak jugalah kimchi yang kami buat supaya mak saya boleh bawa pulang sebahagian kimchi kegemarannya ini. Kata mak saya, buat banyak boleh stok untuk bulan puasa… mereka suka sangat makan kimchi, dah jadi macam orang korea lah pula, hehe…

Beberapa kajian telah menunjukkan kobis yang diperam kaya dengan vitamin dan mineral yang sangat baik untuk kesihatan badan.

Anyway, jom tengok betapa banyaknya kimchi.. 8 biji kobis napa, dapat satu kuali besar 🙂

KIMCHI KOBIS NAPA

1448535183713

 

 

1448534621626

1448534974899

1448534854080
JERUK DAIKON/LOBAK PUTIH

1448534747354

 

 
Ketika saya di Korea baru-baru ini, dalam satu jamuan saya telah di jamu dengan jeruk daikon.. bagi saya jeruk tu sangat sedap. Jadi saya cubalah buat jeruk daikon, walaupun tidak 100% sama rasanya tapi mungkin 85%, sedap juga… Resipi jeruk daikon saya ikut sama dengan jeruk kai choy dan begitu juga dengan jeruk kobis napa. Saya tak tahu bagaimana rasa jeruk kobis napa sebab pagi tadi sebelum mak saya bertolak pulang saya terus bagi padanya. InsyaAllah, nanti saya akan buat jeruk kobis napa dan kalau sedap bolehlah masukkan dalam blog… 🙂

Resipi kimchi: https://kasihilmar.com/2012/12/16/kimchi-makanan-berkhasiat/

Resipi jeruk daikon dan kobis napa: https://kasihilmar.com/2013/03/28/jeruk-kai-choy-jeruk-kobis-bunga/

MSG

Monosodium glutamate (MSG) : Adakah ia berbahaya?

MSG adalah penambah perisa yang biasanya dimasukkan ke dalam pelbagai jenis makanan. Ia adalah neurotoksin yang sangat berbahaya yang boleh mengecut dan membunuh sel-sel otak (MSG telah dilabelkan excitotoxin kerana ia adalah sejenis bahan kimia yang boleh menyebabkan sel otak menjadi lebih terangsang tanpa kawalan yang membawa kepada kematian sel). Jika anda tahu anda bertindak balas terhadap MSG, anda harus mengelak dari mengambilnya…

Banyak kesan tidak baik yang telah dikaitkan dengan pengambilan MSG yang banyak dan kerap, termasuk:
Obesiti, kerosakan mata, sakit kepala, keletihan dan kekeliruan serta kemurungan.
Simptom MSG boleh melibatkan gejala seperti kebas, kesemutan, sakit dada atau kesukaran bernafas, loya, denyutan jantung yang laju, mengantuk dan lemah.

Menurut Barthram’s Encyclopedia of Herbal Medicine:
Monosodium glutamate syndrome: Pengambilan berlebihan monosodium glutamate (MSG) boleh meningkatkan paras garam dalam badan dan menyebabkan sakit dilengan, leher, bahu dan tulang belakang.

Okay, tu je lah sedikit info tentang MSG dan sekarang jom tengok pula resipi sup ayam yang saya masak semalam. Yang pasti, ianya bebas dari MSG hehe..

SUP AYAM SUKUN
image

Bila tidak ada selera nak makan atau pun badan rasa tidak sihat cubalah masak sup ini, memang menyelera dan menyegarkan, insyaAllah 🙂

Bahan-bahan:
1) 1/2 ekor ayam kampung
2) 2 biji buah tomato di belah 4
3) 1/2 tbsp halba, digoreng tanpa minyak hingga kekuningan dan tumbuk hancur lumat
4) Serbuk lada hitam
5) Buah sukun/ubi kentang, terpulang banyak mana nak masak.
6) Sedikit daun dill segar, dihiris

Caranya;
Didihkan air dan masukkan bahan 1~3 dan biarkan di atas api sehingga ayam hampir masak dan kemudian baru masukkan buah sukun. Saya suka masukkan banyak halba dan kalaulah terasa pahit, perlulah tambah air ke dalam sup. Bila dah masak padamkan api dan tabur daun dill, serbuk lada hitam dan akhir sekali garam secukup rasa.

Selamat mencuba. 😀

Nasihat dari penaja: Kurangkanlah pengambilan MSG…