Acar Epal Hijau

Selera Kasih.

image

Bahan-bahan:
1) 30 tangkai cili kering (cili ini kurang pedas), dihiris buang biji dan direndam dengan air panas. Kemudian toskan dan campur 1 cawan air dan kisar lumat.
2) 2 labu bawang besar. Setiap satu dibelah lapan
3) 4 ulas bawang putih dihiris nipis
4) 1 1/2 tbsp gula molasses (gula ini kurang manis). Kalau gula biasa mungkin perlu kurangkan, anyway terpulang pada citarasa.
5) 2 biji epal hijau dibuang kulit dan dipotong kiub
6) Garam

Caranya:
1) Untuk masak acar ini perlu panaskan banyak minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan
2) Kemudian masukkan cili kisar dan masak sehingga terbit minyak dan hampir pekat
3) Kecilkan api dan masukkan gula molasses, epal dan garam secukup rasa. Masak sehingga epal menjadi lembut dan kuah pekat
4) Bila acar epal dah suam bolehlah tuang buang minyak yang berlebihan.

Ok, selamat mencuba. 🙂

Telur Dadar Epal Hijau

Suami saya gemar sangat beli epal hijau dan biasanya cuma dia seorang saja yang makan. Saya pula tidak begitu gemar buah ini. Jadi selalunya saya akan masukkan kedalam masakan untuk elak pembaziran.

Semalam saya masak telur dadar dan masukkan epal hijau. Bagi saya telur dadar epal hijau ini sedap bila masin-masin sikit. Kemudian makan dengan ulam dan cicah dengan sambal.

Pada mulanya rancang nak masukkan juga hirisan buah tomato kedalam telur dadar, tapi terlupalah pulak. Mmmm… masih ada banyak biji buah epal dalam peti sejuk, esok-esok boleh masak lagi 🙂

image

image

Bahan-bahan:
1) 4 biji telur
2) 1 labu bawang besar dimayang
3) 1 biji epal hijau dibuang kulit dan dimayang
4) 1 cili merah dibuang biji dan dicincang
5) Lada hitam dan garam secukup rasa

Caranya:
1) Panaskan sedikit minyak dan masak epal dan bawang sehingga layu. Biarkan sejuk.
2) Pukul telur dan masukkan bahan yang dimasak, cili, lada hitam dan garam.
3) Goreng seperti biasa. Semasa nak balikkan telur dadar kena lebih berhati-hati kerana ia mudah pecah.
4) Sebelum dihidang bolehlah dipotong kecil.

Sedap makan semasa panas dan cicah dengan sambal.

Ok, selamat mencuba.

Menu hujung minggu

Selera Kasih.

image

Bahan-bahan:
1) 5 pokok cendawan eryngii dihiris
2) 4 ulas bawang putih diketuk dan dicincang
3) 3 batang serai diambil bahagian lembut, dihiris nipis dan dicincang halus
4) 5 tangkai cili kering dihiris
5) 2 tbsp sos tiram
6) Serbuk lada sulah & garam secukup rasa
7) Sedikit air

Caranya:
1) Tumis bawang putih dan serai sehingga kekuningan
2) Masukkan cili kering dan goreng sekejap
3) Kemudian masukkan cendawan dan sedikit air (4tbsp)
4) Bila cendawan dah lembut dan masak baru masukkan sos tiram, lada sulah dan garam

Enjoy! 🙂