Tempayan Korea

Di Korea, boleh dikatakan hampir disetiap rumah ada tempayan kimchi. Kimchi adalah simbol makanan tradisional Korea. Jadi tidak hairanlah kalau kita dapat melihat banyak kedai-kedai menjual tempayan ini.

Ketika saya ke pasar herba di Yangnyeongsi, Seoul, saya sempat singgah di sebuah kedai yang menjual tempayan kimchi. Kagumnya melihat pelbagai bentuk, saiz dan kualiti…

Semasa saya sedang asyik melihat dan hati terdetik hendak membeli, tiba-tiba suami saya bertanya, “tak kan you nak bawa balik tempayan kimchi ke Malaysia dengan kapal terbang?”

…… 🙂 (I could only smile!)

Dipendekkan cerita, dapatlah saya hanya sebiji tempayan kimchi yang kecil. hehehe….

image

image

Sehingga kini saya belum guna lagi bekas ini untuk kimchi sebab masih ada lagi kimchi dalam peti sejuk. Jadi ketika ini saya gunalah untuk buat jeruk kobis napa…
image

image

image

Adakah jeruk kobis yang diperam dalam tempayan kimchi mini ini lebih sedap rasanya dari diperam dalam balang kaca? Hmmm….bila dah menjadi jeruk nanti barulah saya tahu…
image

Hati nak yang besar, dapat cuma yang mini..
.
.
.
Niat dihati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai, hehehe….


Cara membuat jeruk

Jeruk Goreng

Hari ini, untuk makan tengahari saya goreng sayur kimchi campur dengan jeruk kai choy. Walaupun simple dan mudah tapi ternyata memenuhi citarasa keluarga saya….. sedap dan menyelerakan terutama jika makan dengan nasi. 😉

Simple dan mudah kerana kimchi dan jeruk kai choy yang saya buat sebelum ini memang tersedia ada dalam fridge. Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, kimchi dan jeruk kai choy memang sedap dan berkhasiat dimakan begitu saja. Tapi kadang-kadang tu, saya suka juga variasikan kimchi dan jeruk sebagai masakan panas.

KIMCHI & JERUK KAI CHOY GORENG.
image

Saya tumis banyak bawang putih hingga kekuningan. Kemudian masukkan 1 biji telur + secubit garam, yang telah dipukul kembang ke dalam tumisan bawang putih. Kacau laju supaya telur berkecai dan bila hampir nak kering baru saya masukkan kimchi & jeruk sayur yang telah dihiris. Goreng sayur hingga hampir nak kering baru padam api.

Ok, dah pun selesai, mudah kan? 🙂

Masak Lemak Kimchi

Mungkin orang korea terkejut tengok masakan saya ini, tapi bagi saya, masak lemak kimchi memang sungguh sedap, best 🙂

MASAK LEMAK KIMCHI
image

image
saya cuma perlukan didihkan air, masukkan sedikit serbuk kunyit, beberapa ekor udang besar, santan dan kimchi. Akhir sekali garam secukup rasa. Saya prefer kuah masakan ini pekat sedikit.

Entah-entah kalau orang korea cuba masakan ini, mungkin mereka suka kot, hehehe…


Cara membuat kimchi