Khasiat Lengkuas

Masakan Melayu banyak menggunakan lengkuas, selain memberi rasa yang unik, lengkuas juga mengharumkan masakan. Seperti juga halia dan kunyit, lengkuas  mempunyai khasiat yang tersendiri, memberi manfaat pada tubuh badan.

image

image

Lengkuas boleh memberi kelegaan pada penghidap penyakit arthritis dan arthritis reumatoid kerana ia mengandungi anti radang, juga membantu mengurangkan ketidakselesaan yang disebabkan radang perut dan ulser. Di samping boleh membendung rasa mual dan loya (kunyah beberapa keping lengkuas segar), ia juga membersih dan meningkatkan peredaran darah. Dikatakan juga boleh merawat cirit birit, menaikkan selera makan dan menghilangkan bau mulut.
Bagi wanita di dalam pantang bersalin, digalakkan mengambil lengkuas kerana ia dikatakan dapat membantu mengeluarkan lebihan angin didalam badan.
Jus lengkuas yang sangat berkhasiat boleh di jadikan sebagai minuman kesihatan.

Tumbok lengkuas hingga hancur dan air perahan lengkuas (1 tsp) dengan secawan air suam2 kuku. kalau tak suka minum begitu, boleh le masukkan madu!!

Selamat mencuba 🙂

Khasiat Ubi Kentang.

Bila saya beritahu kawan2, ubi kentang sedap dimakan sebagai ulam bersama sambal belacan atau sambal garam dengan tempoyak, ramai mereka terkejut. Boleh ke makan ubi kentang mentah?

image

image

(ubi kentang dan ulam)

image

(sambal garam dan tempoyak)

Ubi kentang mentah sangat berkhasiat. Mengandungi banyak zat galian.
image

(BARTRAM’S ENCYCLOPEDIA of HERBAL MEDICINE)
Parut ubi kentang dan letakkan di bahagian yang sakit.
Manfaat bagi mengubati buasir, ulcer, gout, rheumatik (otot dan sendi), ruam, sengal2(pinggang)dan gatal2 pada kulit.

Untuk melegakan gastrik, ulcer pangkal usus dan kembung perut. Minum 2-3 sudu teh jus ubi kentang mentah 3kali atau lebih (kalau teruk) sehari.

Semoga petua diatas memberi manfaat. InsyaAllah.

Khasiat Pegaga.

Pagi tadi saya ke pasar tani, dah lama tidak beli ulam pegaga. Tadi belilah dua ikat, sangat murah pula tu. Harganya cuma 2 ringgit sahaja tetapi khasiat pegaga sangatlah hebat!

image

image

Saya cuci segengam daun dengan akar pegaga dan hiris kecil dan masuk kedalam pengisar, dan kisar sehingga halus. Kemudian tapis dan masukkan royal jelly 1 sudu teh kedalam 1 gelas kecil air pegaga. Baru rasa sedap untuk diminum.

Wanita di Indonesia dan di Thailand sangat gemar air pegaga. Saya rasa begitu juga dengan wanita di Malaysia.
image
(Buku ini juga sebahagian daripada rujukan saya)

Daun dan akar pegaga dapat merawat tekanan darah tinggi, penawar ulser, melawas buang air kecil juga membantu merawat buah pinggang. Ulam pegaga telah di iktirafkan oleh pertubuhan kesihatan sedunia (WHO) sebagai herba menjana kecerdasan berfikir dikalangan kanak2 serta dikatakan dapat membantu peredaran darah dan meningkat kesihatan kulit. Ramai katakan khasiat pegaga baik untuk awet muda. Memang itu tidak dapat dinafikan lagi. 🙂