Eksperimen Kimchi

Hari ini saya buat kimchi lagi, kali ini dengan kuantiti yang lebih banyak. Saya buat tiga jenis kimchi yang berbeza, asasnya sama cuma saya guna jenis sayur dan ramuan yang lain untuk mengkaji yang mana lebih sedap. Untuk balang A, saya kekalkan resipi asal seperti entri sebelum ini. Balang B pula saya gunakan sayur daikon, carrot, kobis, fennel bulb, daun bawang, dan kacang buncis. Sayur2 ini dipilih kerana ia lebih rangup dan akan memberi kelainan pada rasa kimchi. Untuk Balang C pula saya guna sayur yang sama seperti balang B tapi saya masukkan 2tbsp madu, 2 tbsp cuka epal, 2 tbsp serbuk cili dan 1 tbsp minyak zaitun.

image

image

Kimchi A
image

image

image

Kimchi B
image

image
Resipi kimchi terdapat dalam entri sebelum ini, kimchi makanan berkhasiat

Kimchi C
image

Hasilnya?
Kena tunggu lagi seminggu 🙂

Updated: Hasil ujian selepas dari seminggu Balang A dan B, sedappp. Balang C tak sedap, hihihi.. 😦

Pudding Nagaimo

Bila saya masak sup herba ikan, saya akan masukkan nagaimo kering. Jadi baru-baru ni saya nampak nagaimo segar, saya pun belilah. Mahal harganya, 48 ringgit satu. Saya fikir tidak mengapalah mahal sebab besar jugalah nagaimo ni dan pernah baca nagaimo baik untuk kesihatan. Ia boleh membantu mengurangkan lemak dan kolesterol dalam darah, menguatkan buah pinggang, melarut kahak dan mukus. Hmm.. sangat berkhasiat dan sebaik-baiknya di makan mentah.

Sampai saja ke rumah saya terus ke dapur, tak sabar-sabar nak cuba nagaimo ni. Oh no! hahaha tak boleh nak telan. Nagaimo tidak ada rasa dan sangat berlendir. Hairan sungguh macam mana orang-orang Jepun boleh makan. Biasanya nagaimo dihidangkan sebagai ‘side dish’.

Saya terfikir, bagaimana ya nak habiskan nagaimo yang besar ini, hehe

Pudding Nagaimo, yess!!

image
Nagaimo (Chinese Yam/ Keladi Cina)

image

image

image

image
Pudding Nagaimo yang berkhasiat!!

Bahan-bahan:
1) 1 mangkuk nagaimo yang telah di sagat
2) 2 mangkuk air
3) 5tbsp tepung jagung
4) Garam secukup rasa

Cara-caranya:
1) Masukkan air dan nagaimo ke dalam periuk dan masak hingga mendidih dan kecilkan api dan biarkan atas api sekejap dan sentiasa kacau.
2) Tepung jagung dicampur dengan sedikit air, kacau dan tuang ke dalam nagaimo dan kacau hingga masak dan sebati
3) Tuang ke dalam bekas mangkuk yang kecil dan biarkan sejuk
4) Tuang madu ke atas pudding. Saya tidak gunakan gula sebab, untuk makanan yang berkhasiat sebaik-baiknya jangan masukkan gula.

Bagaimana rasanya pudding nagaimo?
Nampaknya nagaimo lebih sedap di makan dengan madu.
Baki nagaimo, nak masak apa ya?

Bubur nasi kekacang

Bubur nasi kekacang ini sangat sesuai dihidangkan terutama pada anak-anak untuk sarapan sebelum ke sekolah kerana ia berkhasiat. Ia kaya dengan serat, zat protein, vitamin dan mineral.

image

image

image

Kimchi
image

Bahan-bahan:

1) 1/2 cawan kekacang, direndam semalaman
2) 1/2 cawan beras
3) 3 batang serai diketuk-ketuk
4) 3″ halia di ketuk
5) 6 ulas bawang putih dibelah dua dan 2 batang carrot dipotong dadu
6) 2 ketul dada ayam
7) Daun bawang dipotong kecil, 2tbsp minyak zaitun, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa

Cara-caranya:

1) Rebus kacang dan beras bersama 4 cawan sehingga mendidih dan kemudian kecilkan api
2) Masukkan serai, halia, bawang putih, carrot dan dada ayam dan masak selama 1 jam
3) Dah masak tutup api dan masukkan minyak zaitun, garam dan lada hitam secukup rasa
4) Keluarkan ayam dan carik isi ayam halus-halus
5) Sebelum makan taburkan isi ayam dan daun bawang

Saya suka makan bubur ni bersama kimchi atau marmite. Sedap juga di makan begitu saja. 😀