Bebola durian untuk minum petang

Baru saja selesai masak bebola durian untuk minum petang. 🙂

image

image

Bahan-bahan:
1) Isi durian
2) Tepung pulut
3) Gula secukup rasa
4) Garam secukup rasa
5) 1 kotak santan kara, tanpa kolesterol

Cara-caranya:

1) 1~4 dicampur dan buat bulat-bulat macam kuih buah melaka
2) Masukkan bebola durian ke dalam air yang telah mendidih
3) Bebola durian akan timbul bila dah masak, keluarkan dan rendam di dalam air
4) Untuk kuah, dalam periuk masukkan santan kotak dan air dan masak.
5) Bila santan dah mendidih, masukkan tepung pulut untuk pekatkan kuah dan akhir sekali gula dan garam secukup rasa.
6) Masukkan bebola durian dan biarkan atas api kecil sekejap je dan kacau selalu.

Selamat mencuba 😉

Tomato ‘pencegah strok’

Umum mengetahui penduduk negara Barat amat menggemari buah tomato namun ia tidak sebegitu popular dikalangan rakyat kita. Sebenarnya buah tomato ini banyak khasiatnya. Saya pernah terbaca beberapa petikan akbar mengenai buah tomato yang dikatakan boleh mencegah strok.

Menurut penyelidik di Finland, makanan yang kaya dengan tomato boleh membantu untuk mengurangkan risiko mendapat strok.

Satu kajian terhadap 1,031 lelaki, yang diterbitkan dalam jurnal neurologi, tahap lycopene yang tinggi dalam aliran darah, adalah yang paling kurang berkemungkinan untuk mendapat strok.

Lycopene adalah bahan kimia yang memberikan warna merah kepada tomato bertindak sebagai antioksidan, mengurangkan keradangan (inflammation) dan menghalang terbentuknya pembekuan darah. Lycopene adalah nutrien larut lemak juga ditemui dalam tembikai, betik, anggur,mangga dan cili. Terdapat juga beberapa kajian yang mencadangkan lycopene boleh mengurangkan risiko kanser prostat dan lain-lain jenis kanser.

image

Pada tahun 2010, Amerika Syarikat telah mengemaskini garis panduan pemakanan, yang menyarankan penduduk Amerika “meningkatkan” pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Mengambil sekurang-kurangnya 2 1/2 cawan buah dan sayur setiap hari dikaitkan dengan penurunan risiko serangan jantung dan strok.
Diet, bersenam dan tidak merokok adalah sangat penting untuk mengurangkan risiko strok.
Penyelidikan menunjukkan bahawa tomato yang dimasak bukan sahaja meningkatkan kandungan lycopene yang boleh diserap oleh badan, tetapi ia juga meningkatkan jumlah aktiviti antioksidan.

Siapa sangka ya, buah yang kecil mempunyai khasiat yang besar!

‘Gaya hidup sihat adalah penting untuk pencegahan strok’

Rujukan:


Tomatoes are ‘stroke preventer’

Tomato Helps Cut the Risk of a Stroke, Study Shows

Khasiat tomato

Salad Herba

Cuka epal banyak khasiatnya. Oleh kerana ia masam, saya cuba nak variasikan kegunaannya supaya ia dapat di ambil selalu terutama dalam makanan.

Salad herba yang ingin saya kongsikan hari ini simple je resipinya cuma kelainannya disini ialah saya masukkan cuka epal yang kaya dengan vitamin, mineral, dan enzim dengan madu yang diketahui mempunyai ciri-ciri syifa’. Rasa manis madu ini saya seimbangkan dengan rasa masam dari cuka epal.

image

Untuk maklumat lanjut tentang khasiat cuka epal bolehlah rujuk di entri saya terdahulu

image
Salad herba: Daun kesom, Petai & Bawang besar

image
Saya suka masukkan juga 1 tbsp minyak zaitun

image

Seperti salad lain, salad herba mempunyai khasiat yang sangat baik untuk kesihatan badan kita. Sedap di makan bersama nasi panas beserta sambal belacan atau sambal tempoyak.

Very simple and yet very nutritious!