Hari ini saya nak berkongsi info mengenai rempah yang banyak digunakan dalam masakan Melayu dan India, iaitu ketumbar.
Herba dan rempah yang turut dikenali sebagai cilantro dan coriander ini mempunyai banyak manfaat kesihatan. Sebelum ini saya pernah tulis tentang khasiat daun ketumbar (Cilantro). Mari kita tengok apakah kelebihan biji ketumbar (Coriander) …
Air biji ketumbar atau pun coriander ‘tea’ boleh membantu mengeluarkan angin dari perut dan usus, merangsang mengeluarkan kahak, menaikkan selera, merendahkan gula dalam darah, merendahkan paras kolesterol, melegakan rasa loya, melindungi daripada jangkitan saluran kencing dan membantu penghadaman. Ia juga boleh merawat kembung perut, batuk, sakit tekak, insomnia, reumatisme, gout, ruam dan migrain.
Coriander and Cilantro are from the same plant.
Coriander ‘tea’. I like it, the taste is ok and the smell is nice 🙂
Cara mengambil:
1) Rebus 1 tsp biji ketumbar dengan 1 cawan air selama 10 minit. Tapis dan minum 1 cawan selepas makan
2) Rendam 2 tsp biji ketumbar dalam 1 cawan air panas selama 20 minit, tapis dan minum 1 cawan sehari.
Pengambilan berlebihan biji ketumbar boleh menyebabkan masalah kepada sistem saraf.
Jangan overdose ya!
Ref:
HERBS – THE HEALING NATURE
The Desktop Guide to Herbal Medicine
As salam…ketumbar jugak salah satu herba yg di mentionkan dlm Al Quran, sangat baik utk kesihatan jika diamalkan.
Waalaikumussalam Salina denis. Memang benar bnyk khasiatnya yang sangat baik untuk kesihatan..
owh. kak salina denis,de sbut dalam aq ye ?surah ape ye .truja plak sbab x prnah tau ..kak zanita,ok ke rase teh tu ?
hehe =)
Qynacaliph, Bagi kak rasanya ok dan baunya juga harum. Cubalah sis, mungkin akan suka minum teh ni nanti.. 🙂
rahsia kcantikan akak la ni .,hehe =) gurau jekk .
Hahaha..Pandai bergurau ya!